Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mustapha Kamal Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Tokoh korporat ternama Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal...

TN50: Pendidikan 1 Aliran...

GEORGE TOWN - Sistem pendidikan satu aliran dan suasana kehidupan dalam sebuah persekitaran...

Harga Minyak Sawit Naik,...

NEW DELHI - Peningkatan berterusan harga minyak sawit berkemungkinan besar memaksa ramai pembeli...

Mat Rempit Dipenjara Lima...

JOHOR BAHRU - Seorang ‘mat rempit’ dijatuhkan hukuman penjara lima hari serta didenda...

Caliph Buskers Hampir Ditipu, RM150 Untuk Satu Jam

CALIPH Buskers yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30 menerusi naskhah ciptaan Edry Abd Halim, menceritakan pengalaman mereka hampir ditipu oleh penganjur yang menawarkan hanya RM150 untuk satu jam persembahan.

“Kalau ikutkan ada yang cuba ambil kesempatan tapi kita bertegas dan tak mudah untuk menerimanya. Mereka menawarkan RM150 sejam. Untuk setiap persembahan kami akan meneliti terlebih dahulu adakah ia berbaloi atau pun tidak,” kata vokalisnya.

Caliph Buskers
Caliph Buskers

Kini, Caliph Buskers telah membuka sebuah studio sendiri untuk memudahkan mereka berlatih dan merekod lagu selepas ini.

“Kami sudah buka studio secara kecil-kecilan untuk membuat latihan persembahan dan merakam lagu sendiri. Tetapi studio ini bukanlah dibuka pada orang awam hanya untuk kami sahaja,” katanya.


Kemenangan semalam membolehkan Caliph Buskers membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sebuah trofi menerusi lagu Hanya Namamu. - MYNEWSHUB.CC

OLEH: KikiLala

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9W6ElRiXb3Q]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori