Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Juta Peluang Pekerjaan...

KUALA LUMPUR – Usaha mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan dalam aku janji Pilihan...

Ujian Covid-19 Calitan Hidung...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan menegaskan, pelaksanaan ujian saringan Covid-19 di semua sekolah di...

Pelajar Dipaksa Tulis Karangan...

ANDA percaya tak bahawa karangan ini adalah tulisan tangan? Ini kerana ia lebih...

Pemuda PAS Mahu Sertai...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS akan turun pada perhimpunan haram membantah kenaikan harga...

Menangani Perbuatan Ekstremisme Adalah Penting

KUALA LUMPUR – Kerjasama semua negara dan perkongsian maklumat yang diperlukan pihak berkuasa keselamatan, dapat mencegah lebih awal sebarang bentuk serangan pengganas, terutamanya pengebom bunuh diri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengebom bunuh diri semakin menjadi ancaman besar kerana mereka boleh menyebabkan kerosakan serius serta menyamar sebagai sesiapa sahaja termasuk pelancong, pekerja pejabat, orang awam, pekerja kilang, pelajar dan pendakwah.

“Bahan yang digunakan mereka untuk membuat bom, boleh diperoleh dari persekitaran, tempat mereka merancang untuk menyerang.

“Manual untuk membuat bahan letupan yang boleh membawa maut juga boleh didapati secara dalam talian,” katanya pada majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan

Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016, selama dua hari di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan persidangan berkenaan.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, pertukaran idea dan pengalaman adalah penting dan berharap kerjasama serta perkongsian bersama boleh diwujudkan dalam persidangan ini serta untuk tahun-tahun seterusnya.


Beliau berkata, keganasan dan ekstremisme keganasan memerlukan tindakan segera baharu serta pendekatan baharu lebih komprehensif memandangkan perubahan yang sentiasa berlaku dalam aktiviti keganasan dan radikal.

Katanya, Malaysia telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani ancaman berkenaan, termasuk memperkukuhkan perundangan dan mempergiatkan operasi penguatkuasaan, risikan serta pasukan keselamatan.

“Selain itu, kami juga memperluaskan kerjasama antarabangsa. Kini tiba masanya kita meningkatkan kerjasama dan keberkesanan dalam program deradikalisasi dan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata, kaedah pemulihan pengganas juga perlu sentiasa dikaji dan diperbaiki.

IDC 2016, menyaksikan penyertaan menteri dari negara Asean dan sembilan rakan strategik Malaysia iaitu Australia, Perancis, Itali, Jepun, China, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JcKLxk6SfGE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori