Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Israel Minta UNSC Adakan...

WASHINGTON: Perwakilan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meminta satu mesyuarat...

Maahad Johor Sasar Sifar...

JOHOR BAHRU - Maahad Johor menyasarkan sifar gagal untuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama...

Zahid Gesa Pertingkat R&D...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar penyelidikan dan...

5,096 Tahi Judi Dicekup...

JOHOR BAHRU - Lebih RM800,000 wang ditunai dirampas Polis Johor selain seramai 5,096...

Jenazah Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Amman

KUALA LUMPUR – Tiga jenazah pelajar Malaysia di Jordan yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Sabtu lepas, kini dipindahkan ke Hospital Basyeer di Amman, untuk urusan penghantaran pulang ke tanah air.

Menurut laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, jenazah pelajar itu akan dihantar pulang sebaik selesai semua proses di negara berkenaan, menerusi penerbangan komersial.

Menurut Education Malaysia Jordan, Kerajaan Kelantan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju membiayai kos penghantaran pulang jenazah pelajar itu ke Malaysia.

maut

Tiga pelajar Universiti Mu’tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq pada Sabtu lepas, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.

Mereka yang terkorban – Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, sebelum ini ditempatkan di Hospital Kerajaan Mafraq, yang terletak kira-kira 50km dari Amman.

2 Pelajar Malaysia Yang Cedera Akan Dipindah Ke Amman

Sementara itu, dua lagi pelajar Malaysia turut cedera dalam kemalangan itu –  Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Mafraq, dipindahkan ke Hospital Al Amir Hamzah di Amman untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, MAIWP dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan menampung kos perbelanjaan untuk membawa balik jenazah Fatin Iqmal Idziyani ke Malaysia.

Menurutnya, perbelanjaan itu termasuk kos urusan pengebumian jenazah di Lenggong, Perak.

“Allahyarhamah Fatin Ikmal Idziyani merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usul dan menerima bantuan zakat Institut Pengajian Tinggi daripada MAIWP pada tahun 2014 dan 2015,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, MAIWP turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya itu.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]9ron1FBnyGk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori