SAMSUNG telah memperkenalkan siri keluarga peranti Galaxy A pada tahun lepas secara rasminya, dan pada tahun ini, mereka hadir dengan Galaxy A (2016).
Beberapa variasi peranti dibawah keluarga berkenaan telah diumumkan sebelum ini, dan kini Samsung Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus untuk pengumuman berkaitan dengannya.
Samsung Galaxy A (2016) hadir dalam tiga variasi, iaitu Galaxy A5 (2016) dengan skrin bersaiz 5.2-inci, Galaxy A3 (2016) dengan skrin 4.7-inci, dan Galaxy A7 (2016) dengan skrin bersaiz 5.5-inci.
Ketiga-tiganya membawakan rekaan yang premium, iaitu kombinasi binaan berasaskan bingkai logam dan juga kerangka kaca.
Dengan fokus pihak Samsung terhadap Samsung Pay, keluarga peranti Galaxy A (2016) turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.
Menambah baik ciri-ciri yang ditawarkan, Galaxy A7 turut hadir dengan sokongan kamera 13-megapixel berasaskan OIS untuk memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas, serta dilengkapi sokongan pengecasan pantas.
Galaxy A5 membawakan sokongan sama, tetapi Galaxu A3 pula membawakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang tanpa OIS.
Pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh penawaran dijangka diumumkan pada acara berkenaan yang dijadualkan pada minggu hadapan di Malaysia.-MYNEWSHUB.CC