SAMSUNG Gear S2 telah diperkenalkan pada tahun lepas di mana membawakan jam pintar yang bertemakan skrin bulat.
Peranti berkenaan menerima pujian ramai, apatah lagi dengan rekaan yang cantik berbanding beberapa pesaing lain di pasaran.
Terkini, meneruskan tradisi, pihak Samsung dilihat dalam persiapan menyiapkan peranti kecergasan generasi baru, yang juga akan menjadi peganti kepada Samsung Gear Fit sebelum ini.
Peranti kecergasan baru ini dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Gear S2 sebelum ini, termasuk rekaan skrin bulat dan juga bahagian bezel yang boleh diputarkan untuk mengawal aplikasi.
Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan cip Bio Processor terbaru, dan boleh memantau pelbagai perkara termasuk kadar denyutan nadi, langkah perjalanan, dan sebagainya.
Memandangkan ia memfokuskan kepada kecergasan, ia dijangka akan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding dengan Gear S2.
Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi namun dengan gambar yang tertiris ini, tidak mustahil untuk kita melihatnya dilancarkan tidak lama lagi.-MYNEWSHUB.CC