Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Lunas Kos Perubatan...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah hari ini memaklumkan telah melunaskan sepenuhnya kos perubatan...

‘Super Trio’ Selamat Mangsa...

LAZIMNYA apabila insiden kebakaran berlaku, anggota bomba sering kali menjadi wira tidak didendang...

Rakyat Jangan Terpedaya Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Semua pihak terutama ahli UMNO perlu menyedari bahawa Datuk Seri...

Ryan Reynolds Dikritik Salah...

INGATKAN selebriti Malaysia je yang selalu kena kritik kaw-kaw oleh pengikut mereka di...

Video: Peluncur Ekstrem Lebuh Raya Bukit Tangga Disiasat

SATU rakaman video berdurasi 1 minit 5 saat yang dimuatnaik Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok di halaman Facebooknya menunjukkan aksi berbahaya seorang lelaki meluncur di jalan raya, kini tersebar.

Peluncur yang menggunakan alatan bodies longboard itu didapati melakukan aksi ekstrem “street lugging” dengan menuruni bukit secara berbaring di Lebuh Raya Seremban-Jelebu.

Seng Kok berkata, dia yang memandu di jalan berkenaan terkejut apabila dipotong dari arah kiri oleh peluncur terbabit di satu selekoh dan tidak dapat membayangkan bagaimana jika peluncur itu terbabas dan digilis kenderaan.

Di barat, aktiviti street lugging sememangnya terkenal disebabkan kebanyakan kawasan jalan sana adalah lengang seperti di Bukit Canyon yang dijadikan medan bagi peluncur yang gian dengan hobi berbahaya ini.


Itu pun, jumlah kematian peluncur akibat dilanggar kenderaan dan haiwan yang melalui jalanraya dilaporkan kian meningkat di sana.

Difahamkan PDRM sedang menyiasat identiti peluncur terbabit yang jelas bukan sahaja membahayakan dirinya malah pengguna jalan raya lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori