Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Akan Umum Pengubahsuaian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian...

Suri Rumah Ditahan Beri...

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang merupakan saksi penting bagi dua kes...

Mourinho Beri Arsenal Mkhitaryan,...

MANCHESTER United dilaporkan berminat menandatangani Alexis Sanchez dari Arsenal dan Jose Mourinho telah...

Remaja Dipaksa Kahwin Lelaki...

Rusia – Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang...

TH Tunggu Kelulusan Ketua Audit Negara – Jamil Khir

PUTRAJAYA – Tabung Haji masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran dividen kepada para pendepositnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan merangka draf pengumuman pembayaran dividen selepas mendapat kelulusan itu.

“Tunggu dulu. Biar AG (Ketua Audit Negara) buat keputusan dulu,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Kelahiran Rasul Membawa Rahmat Kepada Ummah di Seri Perdana di sini hari ini.

TH menjadi topik hangat di media sosial kebelakangan ini mengenai tarikh pembayaran bonus pendeposit dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan rizab.

Jamil Khir ketika menyentuh perkara itu berkata TH tidak perlu rizab yang banyak kerana organisasi berkenaan bukan seperti bank yang memberikan pinjaman wang.


TH tidak tertakluk di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) namun BNM tetap melihat aliran wang TH dan memberikan teguran, katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lepas berkata, TH akan mengumumkan bonus pada awal Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]T8QJopPckPc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori