Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pendekatan Lain Bangunkan Kampung...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memikirkan pendekatan lain dalam usaha mendapatkan persetujuan semua pemilik...

Cadang Kembalikan GST Pada...

KUALA LUMPUR : Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Buang Anak Sampai Melecur,...

GAGAL menyembunyikan kelahiran, seorang wanita sanggup membuang anaknya di tapak pembuangan sampah bagi...

FGV: SPRM Telah Rakam...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan percakapan 60 orang saksi...

KTMB Lancar Perkhidmatan Kargo Terpanjang Di Asia Tenggara

PELABUHAN KLANG – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada lewat Rabu berjaya melancarkan perkhidmatan kargonya terpanjang di Asia Tenggara dan bakal diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR).

Presiden KTMB, Datuk Sarbini Tijan berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis perlepasan kereta api kargo itu, Rabu malam, tren itu berkeupayaan membawa 120 wagon dengan muatan seberat 2,400 tan.

“Ini merupakan rekod baharu KTM apabila larian tren kargo ini mampu membawa 120 wagon sekali gus memecah rekod lama pada tahun 2010 dengan larian tren yang hanya membawa 50 wagon sahaja.

“Larian kereta api itu menggunakan lokomotif kelas 26 yang juga dikenali sebagai ‘Blue Tiger‘ dan kemampuan lokomotif itu menarik 120 wagon telah terbukti menerusi ujian simulasi dilaksanakan sebelum ini,” katanya

Turut hadir ialah Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Zain Mat Taha. Terdapat 20 buah lokomotif berenjin diesel itu yang diperbuat di Kassel, Jerman dan mula menyertai operasi KTMB sejak 2003.

kargoktm


Mengulas lanjut, Sarbini berkata, pelancaran kereta api itu menunjukkan KTMB bersedia untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan selamat dalam perkhidmatan kargonya.

“Selain itu, bermula tahun ini juga pihak kami telah pun mengubah dasar pergerakan kereta api daripada pengangkutan penumpang kepada pengangkutan barang,” kata beliau lagi.

Kereta api kargo tersebut berlepas dari stesen KTMB Pelabuhan Klang di sini dan dijangka selamat tiba Padang Besar, Perlis kira-kira pukul 1 tengah hari, Khamis.

KTMB bakal menerima sijil pengiktirafan rasmi daripada pihak MBOR dalam satu majlis yang diadakan di stesen KTMB Padang Besar pada petang Khamis. – BERNAMA

Baca: Tren Barang China-Sepanyol Jarak Paling Jauh Di Dunia

Lagi: Tren Maglev Cipta Rekod Baharu Kelajuan 600km Sejam

Juga: China Lancar Tren Laju Wilayah Etnik Muslim Xinjiang

[wpdevart_youtube]dCBRjN7ppeQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori