Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

13 Penumpang Bas Kilang...

BUTTERWORTH - Seramai 13 penumpang sebuah bas kilang termasuk pemandunya mengalami kecederaan selepas...

“Kempen Pelik, Cuba Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Kempen utamakan produk keluaran Islam yang disebarkan melalui media sosial...

“Saya Akan Buat Pengisytiharan...

KUALA LUMPUR - "Saya akan membuat satu akuan bersumpah bagi mengisytiharkan harta saya,"...

Asia Perlu Galak Pembangunan...

BANGKOK - Negara di rantau Asia perlu menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama dan...

Malaysia Sasar Kedatangan 8 Juta Pelancong China

ALOR GAJAH – Malaysia menyasarkan peningkatan kedatangan lapan juta pelancong dari China dengan pendapatan RM22.1 bilion setahun menjelang lima tahun akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata walaupun sasaran kedatangan pelancong itu agak besar berbanding 1.3 juta pelancong China yang dicapai dalam masa setahun ini, dengan perancangan rapi dan promosi yang berkesan, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

“Ini (pendapatan RM22.1 bilion) juga merupakan jumlah agak besar tetapi tidak mustahil untuk dicapai kerana pelancong China berbelanja purata RM3,345 seorang (sekarang) sama ada perbelanjaan untuk makanan, penginapan dan membeli-belah.

“Biarpun kita mencapai kehadiran pelancong agak tinggi tahun lepas tetapi untuk tempoh lima tahun ini, kerajaan berhasrat untuk memberikan tumpuan kepada beberapa negara tertentu supaya lebih ramai pelancong dari negara berkenaan datang ke Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Freeport A’Famosa Outlet di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Pengarah Urusan A’Famosa Group Datuk Alex Lau.

Ahmad Zahid berkata usaha menarik pelancong datang ke Malaysia harus dilakukan dengan berkesan kerana perbelanjaan pelancong di negara ini akan memberi impak yang baik kepada ekonomi negara.

“Negara kita seperti negara jiran serantau dan negara lain meletakkan kebergantungan hasil negara kepada pengeluaran dan penjualan petroleum, (tetapi ia) mengalami kemerosotan agak ketara dari segi pendapatan negara terutama pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, kehadiran pelancong yang membelanjakan jumlah tertentu akan memberi kesan paling segera kepada pembangunan ekonomi kerana kita dapati tabiat perbelanjaan mereka akan beri kesan positif bagi ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan membantu agensi berkaitan seperti Tourism Malaysia untuk mendapatkan peruntukan tambahan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan negara.

Katanya peruntukan tambahan itu penting bagi meningkatkan aktiviti pengiklanan serta promosi pelancongan negara dan usaha berkenaan dilihat perlu bagi meningkatkan pendapatan negara dengan lebih berkesan.


Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Najib menarik perhatian bahawa sekiranya ekonomi negara tidak stabil, ia boleh menimbulkan rusuhan dan pergaduhan yang membawa kemudaratan kepada negara.

Menurutnya, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap kejayaan yang boleh dibanggakan walaupun dicemuh pelbagai pihak.

“Dalam pelaksanaan GST, kita tidak terlepas daripada pelbagai kritikan dan pelbagai pandangan yang tidak menyenangkan hati terutama dalam kalangan pembayar cukai.

“Namun, dalam konteks apa yang dilalui oleh negara lain, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang boleh kita banggakan,” katanya.

Selain itu katanya, rakyat Malaysia yang menjadi ikon di luar negara seperti penyanyi Shila Hamzah yang popular di China dilihat mempunyai potensi besar dalam membantu mempromosikan industri pelancongan negara.

Beliau berkata pengusaha pelancongan swasta juga diharapkan dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negara dengan membawa lebih banyak pelancong dari luar melawat Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memuji usaha kerajaan negeri Melaka yang berjaya membawa lebih 15 juta pelancong ke negeri ini tahun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CdrNNz2w6hM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori