Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Zahir...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja...

Salah Bonceng Motor Bukan...

KOTA BHARU - Kerajaan PAS Kelantan bakal meminda satu undang-undang bagi membolehkan tindakan...

Anak Dan Peguam Najib...

KUALA LUMPUR: Anak kepada Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dan peguam, Tan...

Harimau Malaya Terus Gah...

TERUS JATUH... Prestasi skuad Harimau Malaysia kekal merudum bahkan terburuk dalam sejarah sejak...

“Dah tunjuk Sijil Kematian, Tetap Tak Dapat Geran Fotostat”

LAIN kedai lain ‘ragamnya’.. itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook Muhsin Zaidi yang dilayan dengan teruk oleh sebuah premis menjual motosikal di Taiping baru-baru ini.

Difahamkan Muhsin, yang baru sahaja kehilangan ayahnya akibat kemalangan jalan raya pada 23 Januari, telah pergi ke kedai motosikal terbabit untuk mendapatkan salinan geran kenderaan ayahnya seperti diminta oleh pihak polis atas urusan balai.

Seperti diketahui, salinan geran kenderaan yang digunakan mangsa sewaktu kejadian diperlukan lebih-lebih lagi dalam kes kematian di jalan raya untuk membolehkan pemeriksaan Puspakom sebelum melakukan tuntutan insuran.

Namun, premis terbabit dikatakan enggan memberi mangsa salinan geran dan menyuruhnya melangsaikan keseluruhan harga motosikal terlebih dahulu, barulah boleh mendapatkannya.

Jom kita ikuti posting Muhsin yang mendapat ribuan perkongsian di laman sosial Facebook.

moto

Ini la namanya peniaga takdak hati perut. Bukan isu rasis atau apa, ini kes aniaya. Mohon berhati-hati supaya tak terkena macam aku.

Nama kedai moto ni Eng Wan Motor di Simpang, Taiping.

Aku beli moto kat kedai dia ni atas nama aku, tapi moto tak bayar habis lagi. Hari ni aku datang sebab nak ambik geran fotostat untuk urusan balai trafik. Ayah aku meninggal dunia kemalangan hari Sabtu malam (23/01/2016) masa bawak moto tu.


Balai trafik mintak geran fotostat untuk urusan inspection di Puspakom. Aku pun mintak la kat pekerja dia bernama Ah Liang, katanya boss tak bagi. Aku bagi sijil kematian bagi dia tengok, dia bawak pegi jumpa boss kat ofis atas kedai, dia cakap boss tetap tak bagi jugak.

Tetap kena bayar habis baru boleh bagi geran fotostat. Kalau bukan sebab urusan balai aku pun tak kebulur nak pegi mengemis geran fotostat tu. Gila apa nak amik geran fotostat kena bayar habis dulu? Aku beli kereta guna loan cimb pun dah dapat geran ori.

Geran fotostat ni banyak kegunaan. Nak masuk apartment baru nak apply card pun dia mintak geran fotostat, nak buat stiker kereta atau moto kat ofis pun dia mintak geran fotostat.

Geran fotostat memang hak pembeli. Aku mintak nombor boss pun dia taknak bagi. Aku mintak nak naik jumpa boss pun dia halang. Sebenarnya hangpa ikut prosedur mana nak kena bayar habis dulu kalau nak dapat geran fotostat? Kenapa menyusahkan urusan aku?

Aku cabar nak viralkan, dia senyum. Okay kita tengok, lepas ni aku nak report polis dan tribunal pulak.

Mohon sedekahkan Al Fatihah untuk ayah aku arwah Zaidi Bin Wan Abib. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori