Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakyat Perlukan Moratorium Automatik

MORATORIUM automatik harapan terbesar rakyat bagi membantu mereka menghadapi PKP 3.0 yang dilanjutkan...

Raja Perlis Berangkat Ke...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat...

Pasukan Sepanyol Kalah Sebab...

SAINT-DENIS - Langkah Sepanyol di saingan Piala Eropah 2016 amat memalukan selepas mereka tewas...

Lelaki Bangladesh Maut Tertimbus...

CAMERON HIGHLANDS - Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh kecil...

Abot Dan Rambai “Umpan” Pindah Gajah Liar

LENGGONG – Abot dan Rambai terpaksa dijadikan ‘umpan’ bagi menjinakkan dua ekor gajah liar di Hutan Simpan Piah di sini untuk dihantar ke Hutan Simpan Belum di Gerik.

Khidmat dua gajah denak tempatan itu digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi menangkap dua gajar liar yang memusnahkan tanaman penduduk tempatan.

Pengarah Perhilitan negeri Rozidan Md Yasin berkata kedua-dua gajah jantan liar berumur antara 15 dan 20 tahun itu ditangkap oleh Unit Gajah Perhilitan Perak setelah didapati berkeliaran sejak seminggu lalu.

“Kedua-dua ekor gajah berkenaan memusnahkan tanaman kelapa sawit dan getah milik penduduk sejak kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, operasi hari ini kita hanya memindahkan seekor gajah sahaja manakala seekor lagi akan dipindahkan Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini hari ini.

Menurut Rozidan operasi pemindahan gajah selama tiga jam itu membabitkan 22 petugas Perhilitan Perak dan dibantu lapan petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.


Beliau berkata sehingga kini terdapat kira-kira 12 ekor gajah liar masih berkeliaran di sekitar kawasan Hutan Simpan Piah.

Sementara itu Ketua Kampung Luat, Ahmad Bakri Ariffin, 52, berkata beliau pernah menerima aduan daripada penduduk kampung yang ternampak kelibat gajah liar berkeliaran di sekitar kawasan ladang.

“Ada penduduk terserempak dalam kebun menyebabkan mereka tidak dapat bekerja selama beberapa hari kerana ketakutan.

“Kami berharap Perhilitan Perak sentiasa melakukan pemantauan agar masalah gajah liar menganggu tanaman kelapa sawit dan getah tidak berlaku lagi,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MxZtvbyPh38[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori