Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

9 Minit Terperangkap, Kanak-Kanak...

DETIK cemas usaha menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam kolam lebih sembilan minit...

Hakim Tarik Diri Dengar...

PUTRAJAYA : Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menarik diri daripada...

RM89 Juta Ditemui Dalam...

BOSTON - Seorang lelaki Brazil ditangkap selepas wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM89...

Zambry Tarik Diri Tanding...

Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan...

Hyetis Alpha – Jam Pintar Mewah Dengan Fungsi “Gesture”

PERKEMBANGAN arena jam tangan pintar yang semakin meningkat membuatkan beberapa pengeluar jam tangan mewah turut menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri.

Ini adalah bagi memastikan jualan mereka tidak terus merudum kerana saingan jam tangan pintar yang memberikan pelbagai fungsi tambahan selain menunjukkan waktu.

Beberapa minggu lalu Tag Heuer memperlihatkan jam mereka, kini tiba giliran Hyetis pula dengan jam tangan pintar Alpha Pro

Jam tangan hibrid analog dan pintar ini mempunyai dua skrin AMOLED berbentuk hemisfera pada muka jam.

Di hadapan skrin AMOLED ini terdapat jam analog biasa yang menunjukkan waktu. Skrin AMOLED ini boleh menunjukkan suhu, tarikh, bacaan nadi dan jarak perjalanan pemakai.

Apa yang membuatkan Alpha Pro unik berbanding jam-jam tangan pintar di pasaran ialah ia menyokong pergerakan jari (gesture).

Antaramuka jam pintar mewah ini boleh ditatal tanpa memerlukan sentuhan jari di skrin sekaligus mengelakkan skrin jam dari berminyak kerana disentuh.


Alpha menggunakan sistem operasi tersendiri FreeRTOS yang membolehkannya ditambat kepada peranti Android dan iOS.

Dua versi dihasilkan iaitu versi biasa pada harga CHF 3900 (~RM 17071) manakala versi gentian karbon Alpha Pro dijual pada harga CHF 4950 (~RM 21669).-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Hyetis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori