Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peluru Berpandu Korea Utara...

SEOUL - Korea Utara membedil peluru berpandu balistik melepasi Jepun, kata tentera Korea...

3 Kanak-Kanak Di Sarawak...

KUALA LUMPUR – Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak telah dijangkiti Rabies...

Keputusan Tawaran Tingkatan Enam...

PUTRAJAYA- Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada...

SOJC: Malaysia Terus Kempunan...

JOHOR BAHRU - Hasrat skuad hoki remaja negara untuk melakar kemenangan pertama tidak...

Gadis Pelik Boleh Anggap Diri Asal Sebenarnya Kucing

MACAM-macam perangai pelik telah diketengahkan dalam media sosial sebelum ini, dan kali ini seorang gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nano, menambahkan lagi jumlah manusia pelik di dunia ini.

Nano menganggap dirinya sebagai kucing dan merasakan dia telah lahir dalam spesis yang salah.

Disebabkan Nano merasakan dia sepatutnya lahir sebagai kucing, maka dia berperangai seperti kucing, termasuk merangkak di dalam rumah dan memakai telinga palsu seakan-akan kucing.

“Saya menyedari bahawa diri saya adalah kucing ketika saya berusia 16 tahun,’’ katanya.

Dia yang berasal dari Oslo, Norway ini mendakwa telinganya begitu sensitif dan boleh mendengar bunyi yang tidak boleh didengar oleh manusia seperti bunyi kunci dalam poket dan bunyi roda beg yang bergerak di atas jalan.


Jika bertemu anjing pula, Nano berkata dia serta merta akan bertindak balas dengan bunyi desiran.

Seperti binatang kecil yang berkaki empat, Nano suka tidur di ruang tertutup seperti di dalam sinki. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]YWeBunPiIzo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori