BOSAN kerana keretanya sering dicuri, seorang lelaki telah menulis sepucuk surat yang boleh dikategorikan sebagai sopan, dan menariknya, hati si pencuri cair apabila membacanya.
Lelaki itu telah meninggalkan surat berkenaan dalam kereta Hondanya dengan harapan pencuri sekurang-kurangnya akan membacanya.
“Jika anda membaca ini, anda mungkin telah mencuri kereta saya. Saya seorang yang baik dan mungkin akan menumpangkan anda.
“Saya berharap untuk memiliki kereta yang tidak akan dicuri, tetapi saya tiada duit dan terpaksa menyimpan (kereta) ini. Jadi mungkin anda faham.
“Anda tidak akan mendapat masalah kerana mencuri kereta saya asalkan anda tidak membunuh pejalan kaki. Cuma tinggalkan di mana-mana tempat dan teruskan urusan anda. Tiada siapa yang akan menyiasat.
“Satu lagi permintaan, tolong jangan tinggalkan kereta ini di tempat di mana ia akan ditunda, jika tidak saya terpaksa berdepan pula dengan saman. Saya akan jadi gila,” demikian bunyi surat tersebut.
Pencuri kereta itu nyata membaca surat terbabit dan kemudiannya meninggalkan kenderaan tersebut di hadapan sebuah rumah. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]3nBKUQKfCxc[/wpdevart_youtube]