Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Google Street View Di...

Penulis hari ini mencuba menggunakan aplikasi Google Street View dengan aplikasi Google Maps...

Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem...

UMUM mengetahui sememangnya kini 'demam' filem Star Wars: The Force Awakens sedang melanda...

Armada Tolak ICERD Jika...

MUAR – Armada akan menolak proses untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

Idayu Pertama Dapat Standing...

NAMA Ramli MS memang sangat dikenali dalam dunia hiburan tanah air. Lebih-lebih lagi...

Had Laju Jalan Raya Diturunkan 1-16 Februari

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j berkuat kuasa dari 1 hingga 16 Februari depan.

Ia bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan turut meliputi jalan negeri yang diturunkan daripada 80km/j kepada 70km/j, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga akan melancarkan Ops Selamat Ke-8 serta Ops Bersepadu dalam tempoh yang sama.

“Antara aktiviti utama penguatkuasaan JPJ kali ini adalah pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30 terminal bas di seluruh negara.

“Skop Ops Bersepadu ini juga membabitkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemeriksaan secara mengejut bas di depot dan terminal,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini pada Jumaat.


Selain itu, Ab Aziz berkata pihak JPJ juga akan menempatkan ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) di kawasan rehat lebuh raya (R&R) dalam Ops Bersepadu ini.

Ia sebagai langkah membabitkan orang awam dalam menjalankan advokasi keselamatan jalan raya bersama anggota JPJ dan JKJR.

Sementara itu, JPJ dan PDRM akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan barangan tertentu pada 6 dan 7 Februari (dua hari sebelum perayaan) dan 10 dan 11 Februari (dua hari selepas perayaan).

Ia bertujuan mengurangkan risiko berlaku kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan dalam usaha mengelakkan kesesakan lalu lintas. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]mnkaxHHGOB8[/wpdevart_youtube]

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori