Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lagi Anggota Two Brothers...

KOTA KINABALU - Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina sedang memburu seorang lagi anggota...

Tunku Puteri Intan Safinaz...

SINTOK - Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz...

PRK Sg. Besar: 58...

SUNGAI BESAR - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar...

8,000 Pakar Perubatan Keluarga...

KOTA KINABALU: Kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik-klinik Kementerian Kesihatan (KKM)...

Tunku Abdul Jalil Tinggalkan Legasi Pelayaran Di Negara Ini

ISKANDAR PUTERI – Pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada Disember lalu sememangnya satu kerugian bagi sukan pelayaran, namun putera raja itu tetap meninggalkan sedikit legasi untuk dikenang.

Pengarah Eksekutif World Match Racing Tour (WMRT), James Pleasance berkata beliau mengagumi semangat baginda untuk mengembangkan sukan itu di Malaysia setelah beberapa kali menemui Almarhum.

“Saya sangat sukakan baginda dan baginda pula sangat bersemangat untuk mengembangkan sukan ini khususnya di Malaysia. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam satu temu bual di luar acara Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang diadakan di Puteri Harbour Marina, di sini pada Jumaat.

Piala Monsun itu merupakan pusingan terakhir WMRT yang akan menyaksikan pemenang bakal dinobatkan sebagai juara dunia.

“Saya fikir baginda telah meninggalkan legasi yang sangat positif dan kuat dan ia digambarkan menerusi Trofi Tunku Laksamana dan saya amat berbesar hati dapat mengenali baginda secara peribadi,” katanya.

Pleasance berkata walaupun Almarhum sudah tiada lagi, beliau percaya akan ada orang lain yang akan meneruskan legasi, visi dan semangat baginda terhadap sukan pelayaran.

“Dengan sokongan kuat, saya percaya sukan ini akan cipta juara. Selepas beberapa tahun, persembahan pasukan Malaysia diketuai Hazwan Hazim Dermawan membuktikan bahawa melalui usaha keras dan keazaman, mereka boleh menang menentang pasukan lebih kuat,” katanya.


Apa yang penting katanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil telah membina platform untuk anak muda meminati pelayaran dan dengan sokongan sebegitu oleh kerajaan dan agensi berkaitan, juara boleh dihasilkan.

Almarhum yang mangkat akibat kanser pada 5 Disember tahun lepas, terlibat aktif dalam membangunkan sukan pelayaran di negara dan memperkenalkan Liga Layar Malaysia (LLM) serta program pelayaran Belia Belayar.

Ribuan anak muda mendapat manfaat dengan mempelajari pelayaran dan merasai pengalaman bertanding di seluruh negara menerusi program itu, yang disokong Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Pelayaran Malaysia.

LLM merupakan siri perlumbaan kebangsaan yang diadakan di lapan lokasi di seluruh negara sementara Belia Belayar ialah program pelayaran belia yang seiring dengan LLM.

Almarhum Tunku Abdul Jalil juga merupakan pengerusi Innovatige Sdn Bhd, penganjur Piala Monsun dan LLM.

Pada 11 November 2014, Almarhum telah menerima Anugerah Pembangunan Presiden daripada Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF), yang mengiktiraf pencapaian cemerlang baginda dalam pembangunan pelayaran. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]aERAz5TByvk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori