Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada PKPD Di Selayang...

MENTERI Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan Perintah Kawalan Pergerakan...

Pemuda MIC Tekad Perkasa...

KUALA LUMPUR - Memperkasakan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup golongan belia kaum India...

Malaysia Mula Langkah Kanan...

JAKARTA – Malaysia bermula cemerlang apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut pada perlawanan pusingan...

Ubah Suai Rumah Teres...

KUALA LUMPUR - Helah sindiket dengan menjadikan sebuah rumah teres yang diubah suai...

4 Orang Didakwa Miliki Methamphetamine Dan Ecstasy

SEREMBAN – Empat termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 10.9 kilogram (kg) dan ecstasy seberat 25kg.

Sim Kok Chai, 44; Tai Cheng Meng, 38; Leong Chee Keong, 40, dan Koo Shu Tian, 32, didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 2.20 petang di sebuah rumah di Kampung Baru Mantin, Nilai pada 17 Jan lepas.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati.

Keempat-empat tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Asyida Abd Rahim.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K Rinisya Priyyaa.

Asyida menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hDvsWWDM6N8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori