Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bas Elektrik Tanpa Pemandu...

SINGAPURA - Volvo dan Universiti Nanyang Technological (NTU) Singapura memperkenalkan bas elektrik tanpa...

Harga Minyak Global Menaik...

SINGAPURA - Harga minyak naik lebih AS$1 dalam dagangan hari ini selepas perang...

2 Beradik, Rakan Lemas...

JOHOR BAHRU - Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir seorang rakan mereka ditemui...

Kelajuan Streamyx Di Kawasan...

KUALA LUMPUR - Kelajuan Streamyx bagi pelanggan di kawasan tanpa liputan UniFi akan...

Pastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan pelaksanaan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan semalam, dapat berjalan dengan lancar.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah memberi fokus kepada pengubahsuaian Bajet 2016 termasuk langkah-langkah bagi membantu rakyat seperti bantuan beras sebanyak 20 kilogram sebulan kepada golongan miskin tegar serta program MyFarm outlet.

“Perkara ini telah saya jelaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bagi membolehkan kita melihat kaedah pelaksanaan langkah-langkah yang telah diumumkan supaya kita dapat menjamin hasil negara dapat bertambah (dan) menampung hasil daripada sektor minyak,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Presiden UMNO, berkata pengubahsuaian Bajet 2016 dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) turut menjadi antara perkara dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini.

Ia berikutan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA yang telah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara minggu ini, katanya.


“Majlis Tertinggi berharap perkara-perkara yang telah dibincangkan sewaktu perbahasan akan diberi perhatian dari segi pelaksanaan TPPA selepas ratifikasinya dalam tempoh dua tahun supaya tidak timbul permasalahan serta kekecewaan,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk usaha meningkatkan keupayaan syarikat Malaysia terutamanya syarikat kecil dan sederhana untuk bersaing di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tqoBQDkgp1w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori