Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Baitulmaqdis: AS Veto Draf...

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi...

Oktoberfest: Tiada Niat Hina...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menyifatkan kehadirannya ke pesta Oktoberfest...

Pesawat Lion Air Terputus...

JAKARTA - Sebuah pesawat Lion Air dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan...

Bot Nelayan Tempatan Guna...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot...

Perkasakan Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat

PHUKET (Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya peranan masjid diperkasa dan dikembangkan sebagai pusat pembangunan masyarakat dan ummah.

Baginda bertitah ilmu berguna seperti taklimat kesihatan dan ekonomi, kelas-kelas berkaitan pembelajaran anak-anak serta pengajian al-Quran harus diajar di masjid dan bukan menjadikan masjid sebagai tempat untuk menunaikan solat sahaja.

“Pada zaman Nabi Muhammad SAW, masjid dijadikan pusat perpaduan umat Islam yang mengenepikan perbezaan latar belakang, pangkat, kekayaan, kaum, budaya dan warna kulit,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Al-Madinah di sini, malam tadi.

Keberangkatan baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) disambut Yang DiPertua Majlis Agama Islam Phuket Abdul Malik Hussin dan Imam masjid tersebut Mohd Saudri Mohd Din.‎‎

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Baginda bertitah masjid hendaklah ditonjolkan sebagai mercu tanda kesepakatan dan kekuatan umat Islam dan menggambarkan imej Islam sebenar yang cintakan kedamaian.

Dalam hubungan ini, kebersihan masjid dan adab sopan umat Islam sentiasa diperhatikan. Pengurusan masjid hendaklah dijaga agar institusi masjid turut dipandang mulia dan dihormati oleh orang bukan Islam,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM12,000 kepada Majlis Agama Islam Phuket. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori