Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Datuk Ramli Din Pesuruhjaya...

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pesuruhjaya...

Skim PPBP: Pesakit Tidak...

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di...

Bot Nelayan Tempatan Guna...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot...

MalaysiaKini Portal Paling Banyak...

PORTAL berita MalaysiaKini mengungguli carta laman web portal berita yang paling banyak dikunjungi...

APMM Lumpuhkan Cubaan Seludup Masuk 58,000 Karton Rokok Putih

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili melumpuhkan cubaan sekumpulan 11 lelaki warga Indonesia menyeludup masuk 58,100 karton rokok putih yang dianggarkan bernilai RM5.3 juta termasuk cukai di perairan Pengerang, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata aktiviti penyeludupan itu disedari pada 10.10 malam Jumaat, selepas bot ronda maritim mendapat maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal ‘barter trade’ yang mencurigakan di perairan berkenaan.

Kapal itu ditahan pada 1.55 pagi, semalam, ketika berada di kedudukan 3.7 nautika selatan Tanjung Ayam dan dalam perjalanan ke Outer Port Limit (OPL) Tanjung Ayam dari arah Selat Singapura.

“Ketika menghampiri kapal tersebut, didapati 11 krunya sedang memunggah barangan ke dalam dua bot pancung.

Mereka terus melarikan diri menghala ke perairan Indonesia apabila menyedari kehadiran anggota maritim, namun, oleh kerana kepantasan maritim, kami berjaya menahan kapal itu semula manakala dua bot pancung lagi meloloskan diri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Adon berkata pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu didaftarkan di Dumai, Indonesia dan membawa sejumlah 1,162 kotak rokok mengandungi 58,100 karton rokok putih pelbagai jenama bagi pasaran tempatan.


“Sebelas kru kapal berusia 28 hingga 46 tahun itu kini ditahan setelah gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dan tidak melaporkan ketibaan kapal di perairan Malaysia.

“Dokumen kapal dan kargo juga turut dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Menurutnya, kejayaan terbabit merupakan tangkapan pertama melibatkan penyeludupan rokok bagi tahun ini dan terbesar setakat ini.

APMM akan terus mempertingkat kawalan dan rondaan di perairan Johor dalam tempoh musim perayaan ini bagi mencegah kegiatan tersebut daripada berleluasa, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori