Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Jemaah Haji Meninggal...

GURUN - Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci...

David Cameron Hadiahkan Kereta...

Mynewshub pernah berkongsikan kisah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadiahkan...

Jangan Politikkan Isu Rabies...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan rabies selepas dinasihati oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, bukan...

Warga Emas Didakwa Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Kerajaan Laksana Janji Bina Rumah Mampu Milik Di Kampung Gong Nering

BESUT – Majlis penyerahan kunci projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Kampung Gong Nering hari ini membuktikan kerajaan menunaikan janjinya untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada penduduk Kampung Gong Nering Jerteh.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata seramai 29 penduduk menerima kunci RMM Kampung Gong Nering hari ini.

“Baki 42 buah unit lagi akan diagihkan kepada mereka yang berjaya dalam masa yang terdekat ini,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya penerima rumah RMM itu merupakan kumpulan pertama yang berjaya dalam pemilihan sejak rumah itu siap dibina setahun lalu oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang kesemuanya berjumlah 71 unit.


Menurutnya rumah berkenaan bernilai RM68,000 yang dibina di atas tapak keluasan 650 kaki persegi dari tanah asal penduduk di situ yang diambil alih oleh kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori