Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

UTHM Tawar Diploma Lahirkan...

BATU PAHAT – Bagi melahirkan bakal imam profesional yang dapat mengaplikasikan pengetahuan teori...

10 Tempat Menarik Aktiviti...

HUJUNG minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan....

Sambutan Meriah Nanti Kepulangan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan menyambut kepulangan Mohd...

Perjalanan Nicol Terhenti Di...

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal meneruskan kemaraan pada Kejohanan...

Gambar: Sebab Mesin Basuh Buruk, Jiran Bagi Nota Amaran

KEBANYAKAN kita tentu tahu, apabila sesebuah mesin basuh sudah terlalu lama digunakan maka ia akan meragam dan mulai rosak, termasuk mengeluarkan bunyi yang kuat meskipun masih boleh digunakan.

Bagi sesetengah orang yang belum mampu untuk baiki atau tukar kepada mesin basuh baru, nak tak nak terpaksalah pekakkan telinga sekejap terutama ketika pakaian berada dalam pengering.

Malang sekali buat seorang penduduk di sebuah perumahan di Kedah, mesin basuhnya yang berbunyi kuat itu menimbulkan perasaan kurang senang jiran yang kemudian bertindak menghantar nota kepadanya.

Nota yang dihantarkan itu kalau dibaca amat sinis dan menghiris hati, terutama jika si penerima bukan sengaja mahu mesin basuhnya itu berbunyi kuat tetapi kerana belum cukup duit untuk membeli yang baru atau menghantarnya untuk dibaiki.

12631404_1711676499069828_6589105972792437051_n

Nota yang dikirim siap dengan ‘jadual basuh baju’ itu berbunyi:

“Saya mewakili penduduk (lokasi) menasihatkan encik/puan agar memperbaiki mesin basuh @ membeli mesin basuh baru kerana mesin basuh yang ada sekarang bunyinya terlampau bising mengganggu kehidupan kami. 

Tolong hormati hak jiran sekeliling. Saya dan jiran sudah tidak sanggup mendengar bunyi bising dari mesin basuh encik/puan. 

Kami banyak bersabar selama ini, tetapi kesabaran kami ada hadnya. 

Sekiranya encik/puan tidak mampu memperbaiki/membeli mesin basuh baru, tolong jangan letak mesin basuh di luar rumah!!! Tolong letak mesin basuh di dalam rumah.

SILA IKUTI JADUAL MEMBASUH BAJU

ISNIN HINGGA KHAMIS – 8 PAGI HINGGA 4.30 PETANG SAHAJA

JUMAAT SABTU DAN AHAD – TOLONG JANGAN MEMBASUH BAJU


BUNYI KUAT MESIN BASUH MENGGANGGU KEHIDUPAN KAMI

KESABARAN KAMI ADA HADNYA

TAHUN BARU 2016 SILA BELI MESIN BASUH BARU..”

Menurut page Facebook Penang Kini, nota ini dikongsikan adik kepada si penerima yang meluahkan perasaan terkilannya dengan cara dilakukan jiran di kawasan perumahan kakaknya tinggal.

Menurutnya nota itu membuatkan kakaknya berasa sedih memandangkan dia terpaksa menggunakan mesin basuh berbunyi kuat itu kerana kesempitan wang.

Berdasarkan nota di atas, harus diakui penerimanya telah membuat silap apabila meletak mesin basuh di luar rumah dan mungkin kadangkala membasuh baju di saat jirannya tidak mahu diganggu bunyi bising tetapi ada cara nak menegur apatah lagi bila hidup dalam satu kawasan kejiranan.

Kalau betul wakil penduduk lain, tak perlulah hantar nota atau surat layang begini, kan lebih baik bersemuka dan meluahkan perasaan kemudian nasihat cara baik.

Cara itu lebih beradab serta melambangkan kita manusia yang tidak pentingkan diri sendiri dan prihatin masalah orang lain. Lebih baik lagi, kalau penduduk kawasan tersebut pakat-pakat kutip derma dan belikan jiran berkenaan mesin basuh baru.. kan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori