Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Saya Atau Adly Jadi...

Iyelah tu tak penting konon. Sebab lahap jawatan Ketua Menteri la sanggup gulingkan kerajaan dahulu.

Badminton Masih Sandaran Utama...

SEPANG - Sukan badminton masih menjadi sandaran utama negara untuk meraih pingat emas...

Ketiadaan Elektrik, Punca Pintu...

SHAH ALAM : Aras banjir mencecah 1.5 meter hingga tiga meter membabitkan hampir...

Kes Adib: Polis Guna...

KUALA LUMPUR - Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang...

186 Saman DiKeluarkan Dalam Ops Ambang Tahun Baharu Di Seremban

SEREMBAN – Sebanyak 186 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam ‘Ops Ambang Tahun Baharu’ di sekitar bandar ini malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan Rosilan Md Sari berkata operasi empat jam bermula 8 malam itu dijalankan di enam lokasi termasuk Jalan Sungai Ujong, Jalan Datuk Bandar Tunggal, Jalan Tuanku Munawir dan Jalan Kuil.

“Sejumlah 285 kenderaan diperiksa dan 314 pelbagai kesalahan dikesan seperti lesen tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans, cermin gelap dan ubah suai kenderaan.

“JPJ turut menyita sembilan motosikal, sebuah kereta dan sebuah teksi dalam operasi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya AADK membuat ujian saringan air kencing terhadap 152 penunggang dan pembonceng motosikal dan mendapati 16 daripada mereka yang berumur antara 20 dan 43 tahun positif dadah.


Beliau berkata Jabatan Imigresen pula membuat pemeriksaan terhadap 35 warga asing dan menahan lapan warga Indonesia termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak perempuan berumur tiga bulan dan empat tahun kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa.

Operasi bersepadu itu membabitkan 20 pegawai dan 95 anggota JPJ, 27 pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta masing-masing 10 pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori