Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lamaran Hairul Azreen Boleh...

PETALING JAYA - Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul...

‘Persona Non Grata’: Kang...

SEPANG - Tindakan melampau. Itu yang disifatkan Duta Korea Utara, Kang Chol mengenai...

Badan Perhubungan PAS Selangor...

KUALA LUMPUR - Badan Perhubungan PAS Selangor akan mengambil alih semua kawasan PAS...

DBKL Akan Perkenal Sistem...

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenalkan Sistem Amaran Awal...

19 Juta Pengikut Twitter Amitabh Bachchan Atasi Shah Rukh Khan

MUMBAI – Dalam dunia filem Bollywood, siapakah yang lebih ‘handal’ daripada pelakon kacak glamor Datuk Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan dan aktres jelita Priyanka Chopra?

Jawapannya: Seorang lelaki yang jauh lebih tua usianya daripada mereka sendiri. Lebih tepat lagi berumur 73 tahun dan lelaki tersebut sebenarnya ialah aktor veteran, Amitabh Bachchan.

Jangan salah faham, ini sebetulnya hanyalah dalam soal ‘kehandalan’ bintang-bintang filem Hindi itu berjaya menguasai dunia media sosial bukan sahaja di India bahkan seluruh dunia.

Amitabh Bachchan yang juga bintang dalam filem terbaharu berjudul ‘Wazir‘, kini muncul selebriti Bollywood pertama meraih 19 juta pengikut laman media sosial, Twitter, lapor agensi Press Trust of India.

Superstar veteran itu malah turut mengalahkan pelakon muda seperti Shah Rukh Khan (17.5 juta pengikut), Aamir Khan (16.2 juta), Salman Khan (15.8 juta) dan Priyanka Chopra (12.5 juta).

ami srk

Akaun Twitter milik Bachchan ditubuhkan pada Mei 2010, dan sejak itu menjadi tempat sehenti bagi para peminatnya berhubung antara satu sama lain serta mudah berinterkasi dengan pelakon tersebut.


“Dalam keghairahan mengongsi kicauan tweet (saya kini mempunyai) 19 juta pengikut di Twitter… Terlupa hendak sebut 34 tahun ‘Satte Pe Satta,” tulis kicau Bachchan berseloroh dalam Twitternya itu.

Satte Pe Satta‘ merupakan filem genre komedi popular keluaran 1982 lalu yang asalnya diadaptasi daripada sebuah filem terkenal Hollywood pada 1954 iaitu ‘Seven Brides for Seven Brothers.’

Selain memaparkan Bachchan sendiri sebagai watak utama iaitu sebagai Ravi Anand atau Babu, filem kelakar pecah panggung tersebut juga dibintangi Hema Malini, Amjad Khan dan Sachin.

Di alam Twitter, antara pengikut Bachchan ialah bintang Bollywood seperti Mukesh Bhatt, Sridevi, Dilip Kumar dan Madhuri Dixit. Beliau setakat ini mengirimkan lebih 47,000 kicauan. – BERNAMA/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori