Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerja Pendawaian HSA, Baik...

JOHOR BAHRU - Kerja pendawaian bangunan utama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di...

Gambar: Model Menawan Victoria...

SIAPA yang tidak kenal dengan model-model peragaan untuk jenama Victoria Secrets.Ramai yang teringin...

Terharu, Rosmah Sebak Terima...

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan perasaan sebak...

Bersih, Baju Merah Tidak...

KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar...

2 Parah, 3 Cedera Bas Rempuh Belakang Lori

IPOH – Dua penumpang bas parah manakala tiga lagi cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di KM 313.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, Ong Yong Lien, 31, cedera parah di bahagian kepala manakala Mohd Sharipudin Shariff, 48, patah kaki dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Tapah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Mohd Razali Abdullah berkata 10 penumpang menaiki bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Kedah menghala Kuala Lumpur.

“Ketika menuruni bukit, bas berkenaan cuba memotong lori yang berada di lorong kiri tetapi tidak lepas dan merempuh bahagian belakang kanan lori,”
katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan tiga penumpang bas termasuk pemandu cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital manakala enam penumpang lain yang tidak cedera meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori