Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAN Ingatkan PAS Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pemikiran Khawarij PAS yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar...

Acara Naik Bendera Dahului...

KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan...

LHDNM Lancar Operasi Lawatan...

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini melancarkan Operasi...

Program Lima Minit Antirokok/Vape...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/Vape di antara usaha...

2,000 Guru ‘Duka Lara’ Disatukan Kembali Dengan Pasangan

SUNGAI PETANI – Hampir 2,000 guru yang sebelum ini terpaksa berpisah daripada pasangan masing-masing atas tuntutan tugas, disatukan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata usaha itu yang memasuki fasa kedua, akan diteruskan pada tahun ini selepas fasa pertama yang mula dilaksanakan tahun lalu membuahkan hasil memberangsangkan.

“Kementerian akan lihat guru-guru yang ‘berduka lara’ ini, kami fokus untuk satukan mereka. Di seluruh negara terdapat lebih kurang 30,000 guru yang berpisah dengan pasangan mereka, ini antara langkah pertama yang diambil untuk satukan mereka dan proses pertama sudah siap dan kami akan teruskan.

“Hampir 2,000 guru berjaya disatukan, ada ramai lagi. Mereka kini boleh menyemak kekosongan dan membuat permohonan pertukaran secara online, iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa untuk membuat keputusan, ini memudah cara, kami sudah amalkan sejak dua tahun lepas,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Laguna Merbok, di sini, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2016.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kementerian akan terus mencari jalan penyelesaian terbaik bagi meringan dan mengurangkan beban yang ditanggung guru di sekolah.

“Sasaran kementerian tahun ini termasuklah memberikan lebih tumpuan terhadap pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, menambah baik infrastruktur sekolah serta terus mencari cara mengurangkan dan meringankan beban guru di sekolah.


“KPM juga akan memulakan fasa kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), justeru kerjasama dan pemahaman daripada guru-guru serta penerimaan ibu bapa sangat penting agar perancangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Kamalanathan berkata isu buku teks Sejarah untuk tahun enam yang tersalah cetak sebelum ini akan diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Katanya sementara menunggu buku baharu itu sampai, kelas pembelajaran akan diteruskan seperti biasa kerana perlu mengikut modul yang ditetapkan.

“Ini tidak akan jejaskan keperluan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah, kami hanya tunggu buku teks. Kami akan segerakan persiapan dan dijangka bulan ini akan dapat diselesaikan penghantaran buku teks ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori