Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM Tangguh Semua Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan...

JKM Urus Dokumentasi Bayi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menguruskan proses dokumentasi bayi yang...

Bapa Keji Cabul, Rogol...

PUTRAJAYA - Perbuatan durjana seorang bapa yang mencabul, cuba merogol dan lakukan seks...

Najib Kutuk Pengeboman Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua pengeboman...

Pemandu Singapura Mudah ‘Marah’ Keadaan Jalan Raya

SINGAPURA – Menurut satu tinjauan terbaharu dijalankan firma perlindungan insurans terkenal, AIG Asia Pasific Insurance, tiga sikap buruk sering dilakukan kebanyakan pemandu di Singapura.

Tingkah laku negatif itu ialah cuai ketika memandu, suka menukar lorong tanpa memberi isyarat terlebih awal dan perangai gemar menghalang pemandu lain daripada menukar lorong atau memotong kenderaan.

Ketua AIG Singapura, Wong Siew Lee, berkata sikap kurang sabar dan cuai pemandu di negara itu jelas dibentangkan dalam data terkini yang turut disiarkan pasukan Polis Trafik Singapura baru-baru ini.

Agensi penguatkuasaan republik itu mendedahkan bahawa jumlah pemandu yang didapati bersalah memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan, juga meningkat sebanyak 6.5 peratus berbanding pada 2014 lalu.

Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian akibat perangai suka memandu terlalu laju juga dilaporkan bertambah, suatu trend yang dahulunya amat jarang dapat disaksikan di Singapura lebih sedekad lalu.

17809507

Kajian AIG itu juga mendapati, pemandu muda, lazimnya, cuai memandu serta meningkatkan risiko kemalangan dengan 63 peratus daripada mereka ialah pemandu yang berusia antara 18 tahun dengan 35 tahun.


Kelompok umur tersebut malah mengaku mereka gemar memandu dengan cuai sehingga boleh menimbulkan bahaya kepada pengguna kenderaan lain yang berhemah dan mematuhi peraturan di atas jalan raya.

Lebih 27 peratus daripada mereka yang ditinjau itu pula suka mengabaikan lampu trafik di persimpangan, walaupun ia telah bertukar kepada warna kuning dengan alasan konon mahu cepat mengejar waktu.

Tinjauan berkenaan turut mendedahkan bahawa golongan pemandu berisiko itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pekerja muda yang mungkin baharu sahaja kali pertama mendapat lesen memandu sendiri.

Dengan bentuk geografi yang kecil, Singapura cuma memiliki rangkaian lebuh raya sepanjang 161 kilometer selain 645 kilometer jalan utama dan 557 kilometer lagi jalan sambungan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Harga Kereta Di Singapura Paling MAHAL Di Dunia

Juga: Singapura Tawar Minyak Percuma Hadiah Pemandu Berbudi Bahasa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori