Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat Terbesar Di Dunia...

PESAWAT komersial terbesar di dunia, Antanov 225 bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

MAB Dijangka Mula Kutip...

SEPANG – Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka mula mengutip keuntungan tahun depan, kata...

Pesta Menuai Ikan Tagal...

KIULU - Lebih 400 penduduk menyertai Pesta Mongoi Bombon atau ‘menuai ikan Tagal’...

Suri Rumah Bersalin Di...

SUNGAI PETANI - Rancangan seorang suri rumah untuk menikmati hidangan nasi lemak di...

Alkisah Antara ‘Hemoi’ Mukhriz, Ahmad Said, Khalid Ibrahim

SECARA jujur, keputusan secara mengejut oleh sebahagian besar barisan kepimpinan UMNO Kedah mendesak Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar segera berundur bukan cerita politik ‘kedai kopi’ yang baharu muncul.

Bagi warga Jelapang Padi itu, kisah ini malah bukan rahsia pun hingga ada kata, Kedah bakal ‘tumbang’ semula kepada musuh UMNO, Pas pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak jika Mukhriz masih Menteri Besar (MB).

Segala-galanya bermula seawal setelah Mukhriz dilantik sebagai MB baharu menggantikan Tan Sri Azizan Abdul Razak, pasca PRU ke-13 yang menyaksikan BN ‘tawan’ semula Kedah daripada seteru tradisi siasahnya iaitu Pas.

Kebetulan, bekas ADUN Pas pertama yang menyandang jawatan ‘panas’ itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung sekali gus berlaku pilihan raya kecil N20 Sungai Limau dalam pertandingan dua penjuru: Pas vs BN.

Calon BN tewas waima majoriti undi Pas sedikit kurang dan lebih pelik, calon Pas masih boleh menang walaupun sebelum itu ‘kantoi’ menipu gambar edit konon dia pernah bertemu dengan arwah Cikgu Azizan semasa hidupnya.

Kemenangan parti Islam itu sebenarnya telah ‘mencalarkan’ maruah Mukhriz kerana meskipun bapanya sendiri, Tun Mahathir Mohamad sanggup ‘turun padang’ bantu kempen, BN tetap gagal di sebalik jentera cukup hebat.

Jika dilihat analisis semua portal propembangkang terutama The Malaysian Insider, kekalahan itu ibarat ‘referendum’ rakyat Kedah ke atas Mukhriz selepas gagal dipilih sebagai Naib Presiden UMNO sebelum itu.

Ini bukan cerita orang Kedah tidak ‘kenang’ jasa Mahathir selama 22 tahun memerintah Malaysia, sebaliknya ramai menganggap pelantikan Mukhriz sebagai MB itu lebih kerana ‘menumpang’ tuah aura bapanya sahaja.

Semua maklum, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak umum nama Mukhriz sebagai bakal MB Kedah sehari sebelum hari pengundian pada PRU ke-13 berlangsung.

Strategi tersebut berjaya kerana khabarnya majoriti rakyat Kedah waktu itu enggan mengundi BN hanya kerana masih ‘kabur’ lagi siapakah wakil BN yang akan menjadi MB baharu untuk mengambilalihnya daripada Azizan.

Justeru langkah Najib bersesuaian dengan suasana sentimen rakyat Kedah ketika itu dan masa sama, jelas menunjukkan BN Kedah fakta sebenarnya tiada calon yang layak pun untuk menandingi aura hebat Cikgu Azizan!

Maka, di sinilah bermulanya era kemerosotan Mukhriz kerana penduduk Kedah terutama penyokong ‘totok’ pembangkang anggap beliau dipilih Najib sebagai MB atas faktor nama bapa, bukan sebab dirinya sendiri terbaik.

Namun, atas sebab akur arahan Najib, sebilangan pemimpin UMNO Kedah hanya pendam dalam hati, bimbang dianggap penderhaka, tetapi lama-kelamaan kelemahan Mukhriz gagal disembunyikan dan terdedah akhirnya.

Antara dapat perhatian apabila beliau umum hasrat menutup pengajian kejuruteraan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN); sebuah institusi pendidikan tinggi milik kerajaan Kedah, hanya kerana isu kurang sambutan pelajar.

Ironi sebuah sekolah aliran Cina tidak jauh dari KUIN yang cuma ada beberapa murid malah sesi baharu seorang sahaja daftar darjah satu; pun tetap diteruskan hasil sokongan kuat kaum Cina selain parti politik MCA dan DAP.


Sebelum itu, seluruh negara gempar apabila ribuan penumpang terkandas semalaman di jeti feri Kuah pada waktu puncak cuti persekolahan dan perayaan Krismas tahun lalu, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama ini pun.

Ramai marah maki hamun Mukhriz kerana gagal urus isu sekecil itu walhal patutnya pihak berkuasa tempatan ada perancangan awal atasi isu kesesakan cuti akhir tahun yang bukan pun benda baharu di pulau legenda Mahsuri itu.

Mujur Lembaga Pembangunan Langkawi serta pejabat Ahli Parlimen BN Langkawi dan ADUN BN Kuah bergegas ‘menyelamatkan’ penumpang terbabit termasuk menyediakan bekalan selimut, makanan ringan dan sebagainya.

Cerita buruk ini dan banyak lagi sering disiarkan portal propembangkang tetapi disorok media pro-BN demi jaga aib Mukhriz; tetapi sampai bila isu-isu rakyat ‘disenyapkan’ kerana ia pasti boleh meletup bila-bila masa sahaja.

Keadaan ini pernah berlaku di Terengganu apabila rakyat mulai berang dengan MBnya, Datuk Seri Ahmad Said yang ‘tidak seindah’ berbanding sebelum itu, Datuk Seri Idris Jusoh sehingga memaksa Najib kena campur tangan.

Bayangkanlah belum pernah berlaku dalam sejarah negeri itu, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik pengganti MB, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di istana baginda pada waktu malam dan dalam keadaan penuh tergesa-gesa.

Kisah sama juga berlaku di Selangor apabila MBnya, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas dipecat partinya sendiri hanya kerana enggan memberi ruang kepada presiden partinya itu, seorang wanita untuk dilantik sebagai MB baharu.

Nasib baik Sultan Sharafuddin Idris Shah amat teliti dan akhirnya orang lain pula menjadi MB Selangor baharu. Kes Khalid jauh lebih teruk daripada Mukhriz kerana beliau langsung ‘dibuang’ partinya tanpa peluang bela diri.

Dalam kedua-dua kes; Ahmad dan Khalid macam Mukhriz, juga dakwa mereka ‘serah’ kepada rakyat mengenai isu jawatan MB padahal secara teori, itu semua hanya cakap retorik politik sebagai cara ‘melindungi’ ego maruah diri.

Secara kebetulan, mujur dua bekas MB itu tidak ‘jatuh’ menerusi usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri masing-masing; sekali gus Pas kempunan rampas Terengganu dan BN gagal tawan Selangor!

Sekadar rekod, Mukhriz pernah mendesak Tun Abdullah Badawi berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan masa itu tiada dengar beliau meminta Pak Lah kena ‘serah’ kepada rakyat bagi menentukan nasib kedudukannya

Hakikatnya, bak kata orang Utara, Mukhriz kini hemoi atau buat muka ‘tebal’ bagi jaga imej, walhal rakyatnya pula cemuih iaitu sudah bosan muak dengan isu kelemahan pentadbiran beliau sejak menerajui Kedah pada 2013 lagi.

– MYNEWSHUB.CC/HAA

Baca: Mukhriz Gagal Tadbir Kedah? PAS Dah Lama Bagi Tau..

Juga: UMNO Kedah Tolak Kepimpinan Mukhriz

Lagi: Mukhriz Mahathir Enggan Lepas Jawatan?

Dan: Mukhriz Disingkir, Mungkin PM Ikut Saranan Tun M?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori