Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saya Terbuka, Sedia Dikritik...

PETALING JAYA — Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin...

Sekatan Baru Terhadap Pegawai...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mengumumkan dua sekatan baru ke atas pegawai Korea Utara...

Harga Minyak Diumum Setiap...

BATU KURAU - Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai April...

Syarat Lesen Tangkap Ikan...

KOTA SAMARAHAN - Syarat bagi pengeluaran lesen untuk penangkapan ikan laut dalam akan...

Identiti Pelajar Malaysia Yang Maut, Cedera Di Jordan

KUALA LUMPUR – Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana’ dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan, menurut portal berkenaan.

Menurut KMKJ, pengesahan kesemua nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara itu.

Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.

“Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman,” menurut portal berkenaan.

Menurut portal itu lagi, pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau pun tidak.


Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.

Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori