Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mira Selesa Berkawan, Zizan...

SEBELUM ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak pernah menghadapi situasi di mana cinta...

Rakyat India Bimbang Tak...

NEW DELHI - Keputusan mengejut kerajaan India menarik balik dua wang kertas denominasi...

Harap Hubungan Diplomatik Johor-Brunei...

JOHOR BAHRU - Hubungan diplomatik antara Johor dan Brunei Darussalam dapat dieratkan menerusi...

“Saya Tak Mahu Makan...

IPOH - "Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu...

27 Pengganas Daesh Warga Bangladesh Ditahan Di Singapura

SINGAPURA – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) berjaya menangkap 27 lelaki warga Bangladesh yang bekerja di sini kerana merancang kegiatan pengganasan.

Mereka bagaimanapun merancang untuk menyertai kegiatan-kegiatan pengganas di negara-negara lain, termasuk negara asal mereka sendiri iaitu Bangladesh.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa tiada kegiatan pengganas dirancang di Singapura. Kesemua 27 warga Bangladesh berkenaan yang bekerja dalam industri binaan di sini, berusia antara 25 dengan 40 tahun.

Mereka ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 16 November dengan 1 Disember 2015, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (MHA) yang dikeluarkan pada 20 Januari.

SOKONG IDEOLOGI PENGGANAS DAESH DAN AL QAEDA

Seramai 26 daripada mereka sudahpun dihantar pulang ke Bangladesh, dengan seorang lagi akan dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman penjara kerana cuba meninggalkan Singapura secara haram.

Daripada mereka yang ditangkap, 26 adalah anggota sebuah kumpulan yang menyokong ideologi yang diperjuangkan oleh kumpulan-kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Daesh, menurut MHA.

Kesemua 26 warga Bangladesh itu berpegang teguh pada fahaman pelampau dan ideologi radikal seperti Anwar al-Awlaki, tambah MHA, sambil merujuk kepada al-Awlaki yang terbunuh di Yaman pada 2011.

Meskipun seorang lagi warga Bangladesh tidak menganggotai kumpulan itu, dia sedang dalam proses menjadi radikal secara sendiri dan pihak berkuasa mendapati dia memiliki bahan-bahan yang ada kaitan dengan jihad.

bangladesh-sg1

BERGERAK SECARA SENYAP-SENYAP

“Para anggota kumpulan itu mengambil langkah-langkah bagi memastikan agar pihak berkuasa tidak dapat mengesan mereka.

“Dengan senyap, mereka saling mengongsi bahan mengandungi fahaman pelampau antara satu sama lain dan mengadakan pertemuan setiap minggu berbincang mengenai konflik yang melibatkan Muslim.

“Mereka juga menyasarkan beberapa rakan senegara mereka untuk dijadikan sebagai anggota baru,” menurut kenyataan media MHA.

MHA berkata, beberapa orang anggota kumpulan itu mengakui bahawa mereka berpegang teguh pada ideologi radikal kerana mahu “berjihad” demi agama mereka, kata MHA.

Malah, ada juga di kalangan mereka yang merancang untuk menyertai kumpulan-kumpulan pengganas di Timur Tengah.

Sesetengah anggota kumpulan itu menyokong kumpulan-kumpulan pelampau yang membunuh kaum Syiah kerana mereka menyifatkan kaum itu sebagai “songsang”.

bangladesh-sg-2

MARAH DENGAN PEMERINTAH BANGLADESH

Mereka juga marah dengan pemerintah Bangladesh atas tindakan negara itu terhadap sesetengah kumpulan dan pemimpin agama di negara tersebut.


Pemerintah Bangladesh yang bertindak tegas terhadap kumpulan-kumpulan militan di negara itu, turut menyalahkan para penentang politik kerana sengaja menghasut dan mengapi-apikan lagi keadaan.

Baru-baru ini, pemerintah negara itu juga mempertahankan keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pemimpin parti atas jenayah perang yang dilakukan berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Mereka yang ditangkap di Singapura diarah oleh para pemimpin mereka supaya pulang ke Bangladesh dan melancarkan serangan bersenjata terhadap pemerintah Bangladesh.

KIRIM WANG KEPADA KUMPULAN PELAMPAU

Mereka juga mengirimkan derma kepada entiti-entiti yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan-kumpulan pelampau di Bangladesh.

Sebahagian besar bahan yang dirampas itu ada kaitan dengan ideologi radikal termasuk buku-buku dan video serta rakanan kanak-kanak menjalani latihan di kem-kem pengganas.

Beberapa orang anggota juga mengongsi dokumen-dokumen yang mengandungi imej-imej dan arahan yang mengajar mereka bagaimana untuk melakukan pembunuhan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan senjata.

Sebagai contoh, salah satu salinan dokumen itu bertajuk Techniques of Silent Killing (Teknik Membunuh Dengan Senyap) dalam bahasa Inggeris, mengandungi panduan mengenai bagaimana menikam seseorang sedang duduk.

bangladesh-sg-is-3

SALAH GUNA KEISTIMEWAAN, JADIKAN SINGAPURA SEBAGAI PANGKALAN

MHA menyatakan pas kerja bagi kesemua warga Bangladesh itu sudah dibatalkan, dengan 26 daripada mereka dihantar pulang ke Bangladesh setelah pihak berkuasa negara turut dimaklumkan mereka dihantar pulang.

Seorang lagi sedang menjalani hukuman penjara di sini kerana cuba meninggalkan negara ini secara haram selepas mendapat tahu tentang penangkapan rakan-rakannya.

Dia akan dihantar pulang ke Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman itu. Pemerintah memandang serius terhadap apa saja bentuk sokongan yang diberikan kepada pengganas.

“Dan akan bertindak tegas terhadap sesiapa saja yang terlibat dalam kegiatan sedemikian rupa. Warga asing adalah tetamu negara ini dan mereka tidak seharusnya menyalahgunakan keistimewaan itu.

“Mereka menggunakan Singapura sebagai pangkalan untuk membawa masuk agenda politik mereka dan melakukan kegiatan untuk memenuhi agenda tersebut,” tegas MHA.

“Begitu juga bagi penceramah agama dan pendakwah asing yang cuba menyampaikan ceramah yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan kebencian terhadap mana-mana agama atau kaum di sini.

“Mereka tidak akan dibenarkan lagi masuk ke Singapura. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

“Ini termasuk yang melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan menggugat keharmonian kaum dan agama di sini,” menurut kenyataan MHA itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori