Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tabung Covid-19 Kutip RM67.1...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM67.1 juta berjaya dikumpulkan Tabung Covid-19 sehingga 31 Mei...

Syor Rumah Ada Akses...

KUALA-LUMPUR - Hasrat kerajaan supaya projek perumahan baharu disediakan akses internet disambut baik...

Polis Diingat Jangan Terjebak...

KEMAMAN - Polis Terengganu mengingatkan pegawai dan anggotanya tidak memuat turun aplikasi permainan...

Banjir: Najib Arah Menteri...

KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah...

2 Panel Khas SPRM Tidak Ragu Peguam Negara Tutup Kes Dana

PUTRAJAYA – Dua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keraguan dalam keputusan Peguam Negara berhubung penutupan kes berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa ia hasil mesyuarat Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas di Putrajaya pada Khamis.

Kedua-dua panel berkenaan memutuskan untuk menerima keputusan dilakukan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, jelas Musa yang turut menghadiri mesyuarat kedua-dua panel tersebut.

Bekas Ketua Polis Negara itu, berkata kedua-dua panel malah menerima keputusan Peguam Negara bahawa tidak ada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion dan kes SRC International.

Justeru, kedua-dua panel berkenaan bakal mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut bagi menerangkan perkara tersebut kepada rakyat.

“Tidak, tidak ada keraguan dalam kes ini. Kami bahkan telah mengambil keputusan untuk bertemu sendiri dengan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut,” kata Musa kepada Bernama.


“Ia penting untuk pihak panel mendapatkan penjelasan langsung daripadanya bagi menerangkan perkara berkenaan kepada rakyat nanti agar rakyat lebih faham kenapa kes itu tidak perlu didakwa,” kata Musa.

SPRM pada Rabu mengumumkan pihaknya akan merujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO untuk penilaian dan pertimbangan susulan penutupan kes dana peribadi oleh kerabat diraja Arab Saudi pada 2013 tersebut

PPO merupakan salah satu daripada beberapa badan bebas yang dibentuk sendiri oleh kerajaan bagi memantau teliti setiap perjalanan proses siasatan dilakukan oleh SPRM mengikut Akta SPRM 2009.

Antara terma rujukan PPO adalah bagi memberi pendapat secara bebas berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh pihak Pendakwa Raya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: SPRM Sah Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah

Juga: SPRM Bentang Keputusan Kes Kepada Panel Bebas

Lagi: Istana Arab Saudi Sah Derma Kepada Najib Tun Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori