Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tambang Percuma MRT Putrajaya...

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka...

Polis Buru Lelaki Rosakkan...

NILAI - Polis sedang memburu lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video merosakkan...

Trump Pilih Naik Kereta...

LONDON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilapor mengemukakan permintaan khas menjelang lawatannya...

Jadual Padat, Yana Akui...

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, pelakon tinggi lampai Yana Samsudin...

Tentera Brazil ‘Berperang’ Lawan Nyamuk Bahaya Zika

BRASILLIA – Pihak berkuasa Brazil mengerahkan lebih 200,000 anggota tentera pergi rumah ke rumah dalam usaha memerangi nyamuk pembawa virus Zika di seluruh negara Amerika Selatan itu.

Virus berbahaya tersebut dikenal pasti merupakan punca utama menyebabkan ribuan kes kecacatan teruk pada bayi di Brazil yang dilahirkan dengan bentuk kepala dan otak tidak sempurna.

Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Castro berkata, tentera akan pergi dari rumah ke rumah penduduk di serata negara ‘Samba’ itu untuk mengedarkan risalah kesihatan dan memberi khidmat nasihat.

Ia sekali gus memberi isyarat peperangan besar-besaran untuk menangani virus berkenaan yang mencetuskan suasana panik terburuk di negara itu, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Baca: KKM – Ambil Langkah Pencegahan Jika Ingin Lawat Negara Dijangkiti Virus Zika

Menurut Castro, kerajaan yang berdepan dengan tekanan untuk menangani krisis itu juga akan mengagihkan ubat antinyamuk kepada hampir 400,000 wanita hamil penerima bantuan kebajikan masyarakat.

Zika dikaitkan dengan kecacatan kepada kelahiran bayi yang teruk, termasuk mengalami mikrosefali, keadaan yang boleh menyebabkan kepala bayi dilahirkan itu berbentuk amat kecil.

Peningkatan mendadak kes itu di seluruh Amerika Latin, terutamanya Brazil, mendorong Amerika Syarikat dan negara lain memberi amaran kepada wanita hamil supaya tidak berkunjung ke rantau itu.

Ia sesuatu yang cukup membimbangkan ketika Brazil pula bertungkus lumus bersiap sedia dalam menganjurkan Sukan Olimpik musim panas buat julung kali di Rio de Janeiro pada Ogos ini.


Zika-baby

Tidak seperti masalah kesihatan lain yang sering mencemaskan masyarakat antarabangsa, virus Zika bawaan nyamuk sebaliknya dikesan tidak merebak dari manusia ke manusia.

Bagi kebanyakan mereka yang dijangkiti, gejala seperti selesema itu hilang dalam masa seminggu. Namun, ancaman Zika lebih tertumpu khusus kepada wanita hamil dan janin mereka.

Ketidakmungkinan untuk mengelak daripada gigitan nyamuk di negara tropika itu ujar Castro, menjadikan virus tersebut kini sebagai ancaman amat serius kepada masyarakat tempatan.

Brazil mencatatkan sekurang-kurangnya 3,893 kes mikrosefali sejak disedari di sebuah bandar di timur laut negara ini pada Oktober lalu. Sebelum ini, purata 160 kes sahaja direkodkan.

Castro pada minggu lalu berkata, nyamuk Aedes aegypti yang membawa virus Zika dan juga demam denggi serta virus chikungunya, semakin menjadi-jadi di Brazil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori