Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Suplemen Khusus Wanita!

AKHIRNYA, pek tambahan (suplemen) dibuat hanya untuk wanita.Super-charge latihan anda dan menjadi fit...

Kenyataan Media PM Mengenai...

1. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan...

Teksi Jakarta Mengamuk Protes...

JAKARTA - Beratus-ratus pemandu teksi membakar tayar dan menghalang lalu lintas di Jakarta...

9 Pendaki Sesat Bukit...

GEORGE TOWN - Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki...

3 Cedera Bertempur Dengan Polis Sierra Leone

FREETOWN – Tiga belia cedera parah selepas bertempur dengan polis di Sierra Leone apabila pihak berkuasa mengarahkan peniaga menutup operasi ketika mereka mencari penduduk yang mungkin terkena jangkitan Ebola, semalam.

Belia yang marah, bertindak membakar pos polis di kampung bahagian utara iaitu Barmoi Luma ketika polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan berkenaan.

Saksi berkata, tiga belia mengalami kecederaan parah apabila seorang terkena tembakan di kepala dan seorang lagi di kaki.

Pihak berkuasa berkata, masalah bermula sejak Sabtu lalu apabila 30 orang dikuarantin kerana mungkin berhubung dengan Marie Jalloh, 22, yang meninggal dunia akibat Ebola pada 12 Januari lalu.


Kira-kira 50 orang yang berhubung dengan Jalloh menyembunyikan diri, sekali gus menimbulkan rasa was-was terhadap rawatan bagi virus berbahaya itu. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori