Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dikelar...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar...

Kurang Publisiti, Tiz Guna...

PETALING JAYA - Pelakon Tiz Zaqyah tidak berasa terkilan apabila kurang mendapat publisiti...

Punggung Budak tercucuk Besi...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di bahagian pangkal punggung...

Rosyam Mula Misi 47.2km...

SHAH ALAM - Selebriti tempatan, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh...

3 Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Mati Di Sibu

SIBU – Polis Sibu menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang lelaki di sebuah restoran di Jalan Long Bridge di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi berkata, mereka ditahan sekitar pukul 2.30 pagi di bandar ini namun tidak menyatakan lokasi sebenar penahanan itu dibuat.

“Tiada senjata yang dijumpai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat motif serangan yang menyebabkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan kecederaan ke atas teman wanitanya yang merupakan warganegara China.

Namun beliau tidak menolak kejadian adalah berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan berkaitan kongsi gelap.

Dalam kejadian pada 11.09 malam itu, mangsa bersama teman wanita dan seorang pengawal peribadi baharu selesai makan di restoran tersebut.

Mereka dikatakan baru hendak beredar dari situ apabila sebuah Toyota Hilux berwarna putih berhenti dengan tiba-tiba tidak jauh dari mereka dan pemandunya mengeluarkan senapang patah dan melepaskan tembakan.

Selepas tembakan pertama, pengawal peribadi itu terus mengeluarkan pistolnya dan membalas dengan lima das tembakan ke arah Hilux itu.


Penyerang tersebut melepaskan dua das tembakan lagi ke arah mangsa sebelum memecut meninggalkan tempat itu menggunakan Jalan Lanang dan melepaskan tembakan di sebuah simpang tiga bagi melepasi lampu isyarat merah.

Mangsa berusia 30an itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 12.31 pagi ini berikutan kesan tembakan di dada kiri, bahu kiri dan di belakang.

Teman wanitanya cedera di bahu dan pergelangan tangan kiri serta dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Pengawal peribadi itu sempat melihat tiga lelaki di dalam kenderaan tersebut dan percaya tembakannya mengenai salah seorang daripada mereka.

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Kamal menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau datang sendiri ke mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori