Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tawar Beli Tanah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menawarkan untuk membeli tanah di Kampung Baru...

Jerebu: 8 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di negara ini semakin reda apabila hanya lapan...

Ibu Restu, Andai Jodoh...

BARU-BARU ini kecoh dengan berita mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dikhabarkan mempunyai...

Bakal Tumpu Agenda Perumahan...

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang dilantik Menteri Perumahan dan...

3 Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Ipoh

IPOH – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai pengedar dadah di bandar raya ini dalam dua serbuan berasingan di Taman Meru awal pagi tadi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ACP R. Ravi Chandran.

Beliau berkata dalam serbuan pada kira-kira pukul 3.30 pagi polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM59,380 serta menyita dua motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM4,000.

Katanya dadah yang ditemui adalah lima ketulan mampat ganja seberat 5.2 kilogram semuanya serta empat paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah methamphetamine seberat 36.9 gram.

“Dua suspek warga tempatan yang ditahan di belakang sebuah kedai makan juga positif dadah jenis methamphetamine, sementara warga asing itu ditahan di sebuah rumah dan ujian air kencingnya negatif,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.


Semua suspek yang berusia antara 23 hingga 24 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga 13 Jan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]WljZfyBuVIg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori