Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Nanas Tertinggal Atas Meja...

LONDON - Tindakan dua penuntut Universiti Robert Gordon di Aberdeen, Scotland yang membeli...

Ibu Pejabat JPN &...

PUTRAJAYA - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di...

50 Prasekolah Di SJKT...

BANGI - Lima puluh pra sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan...

Musim Pancing Ikan Puyu...

KANGAR - Jika kita berada di Perlis ketika ini, yang menarik perhatian ialah...

3 Lelaki Maut Kemalangan Di Dungun

DUNGUN – Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 101 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Masjid Hadhari, Paka di sini, hari ini.

Dalam kemalangan 6.34 pagi itu, Irwan Khalid,37, Muhammad Rashid Yoon Chow, 48 dan Mohammad Nizan Ismail, 46 terbunuh di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Nahas itu turut melibatkan sebuah lori tangki dan kereta Proton Wira. Kedua-dua pemandunya selamat dan tidak cedera.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Viva itu, yang dari arah Kuantan ke Dungun, hilang kawalan lalu melanggar pasu bunga di atas pemisah jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Susulan itu, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki dan Proton Wira di arah bertentangan.


Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Vivaitu tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori