Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MCA N.Sembilan Sudah Siapkan...

PORT DICKSON - MCA Negeri Sembilan telah menyiapkan senarai calonnya untuk bertanding pada...

Mr. Os Sertai Banyak...

KUALA LUMPUR - Pelakon komedi popular, Mohd. Yusof Abd. Hamid atau lebih dikenali...

PAS Tetap Tolak Anwar...

MARANG - PAS tetap tidak akan berganjak daripada pendirian agar Tun Dr. Mahathir...

Video: Lelaki Buta Dapat...

SEORANG lelaki tua menggemparkan jemaah yang berada berhampirannya apabila tiba-tiba berdiri sambil menjerit...

‘Abang Bomba Sasa’ Bakar Semangat Golongan Muda

 

KUALA TERENGGANU – Dia sangat menawan, sihat dan cergas sehingga mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda.

Gara-gara otot dan badan sasanya, Ezam Aziery Mamat yang pernah memegang gelaran Mr. Malaysia 2015 (kategori middleweight) dan Mr. Wonderful Bomba 2015 sentiasa menjadi perhatian.

Dia malah menjadi tumpuan ramai walaupun ketika bertugas menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada kebakaran.

Namun, bagi bapa berusia 32 tahun ini, apa yang dimilikinya sedikit sebanyak dimanfaatkan untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ezam berkata adalah lebih mudah untuk bercakap dengan golongan muda, lelaki dan perempuan bagi menggalakkan mereka menyertai badan beruniform itu.

“Selepas kebakaran, banyak kali juga remaja yang datang bercakap dengan saya atau meminta autograf saya!


“Saya mengambil kesempatan itu dengan menasihatkan mereka mengenai bagaimana untuk kekal cergas sambil memberi mereka maklumat yang berguna mengenai tugas kami,” katanya.

Ezam berkata tugasnya memerlukan dirinya sentiasa menjaga kesihatan supaya dirinya sentiasa berwaspada dan yakin dalam menjalankan tugas.

“Jadi saya akan mengingatkan semua golongan belia untuk cergas dan menjaga kesihatan serta tidak melibatkan diri dalam aktiviti negatif,” katanya kepada The Star.

Ezam berkata dia sentiasa melakukan senaman sebelum dan selepas kerja atau pada hari-hari cutinya.

“Saya rasa untuk lelaki yang menyertai badan beruniform, terutama di barisan hadapan, sangat penting untuk kekal cergas,” kata ahli bomba pertama yang memenangi gelaran Mr. Malaysia (middleweight). – mStar Online

Baca: Apabila Abang Bomba Bersukan Sambil Pakai CPS…

Juga: Abang Bomba Tengah Sarapan Jadi Hero Medan Selera

Lagi: Kalendar Bomba 2015 Jadi Rebutan Para Gadis

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori