Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LTTE: Mahkamah Tinggi Akan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan ADUN Gadek, G Saminathan...

Perjanjian NCA Belum Dimuktamadkan:...

Kota Kinabalu : Perjanjian Konservasi Alam Semulajadi (NCA) berkaitan perdagangan kredit karbon belum...

“Apa Khabar Jutawan MLM,...

MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa Melayunya, skim...

Ketua Balai Polis Didakwa...

Melaka : Ketua balai polis didakwa atas lima tuduhan termasuk meminta dan menerima...

31,110 Pesalah Trafik Tegar Di Johor Diburu

JOHOR BAHRU – Kesemua 31,110 pesalah trafik termasuk warga Singapura yang mempunyai waran tangkap di Johor, diberi tempoh sehingga
hujung bulan ini untuk melunaskan saman tertunggak masing-masing, keseluruhannya berjumlah RM9.3 juta.

Ketua Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Baharuddin Mat Taib berkata polis tidak akan berkompromi sekiranya mereka masih gagal menyelesaikan saman tersebut selepas tempoh yang ditetapkan itu.

“Saya mengingatkan dan menyeru warga Johor dan Singapura yang ada saman dan waran tangkap agar segera menyelesaikan saman mereka, sebelum kami melancarkan Operasi Waran Tangkap Trafik (Op Warta) besar-besaran.

“Operasi ini akan ditentukan dalam masa terdekat, mungkin diselaraskan dengan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

Sepanjang tahun lalu, polis mengeluarkan sebanyak 489,947 saman kepada pesalah trafik di seluruh negeri berbanding 514,462 saman pada tahun 2014.

Menurut Baharuddin, daripada jumlah itu, dianggarkan hanya kira-kira 72,000 saman dengan nilai RM21.8 juta telah dilunaskan, manakala bakinya masih tertunggak.


“Saman tertunggak itu turut meliputi 19,555 saman yang dikeluarkan terhadap kenderaan Singapura,” katanya.

Beliau berkata, serentak dengan Op Warta, pihaknya juga akan menjalankan Op Halangan, Op Mabuk, Op Had Laju dan Op Lumba Haram bagi mengurangkan kesesakan, kadar kemalangan dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Jumlah kemalangan yang dicatatkan di Johor pada tahun lalu ialah 67,037 kes dengan 991 kes adalah kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal, pembonceng motosikal dan pemandu kenderaan biasa, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qO8vk7FaMEo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori