Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Terpedaya Janji Manis Punca...

KUALA LUMPUR - Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor...

Peserta Muslim Ratu Cantik...

SETIAP pertandingan ratu cantik, pasti akan ada segmen setiap pesertanya perlu menggayakan bikini...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi...

Jalan Gurney Lebih Sesuai...

BANGI - Jalan Persiaran Gurney di Kampung Datuk Keramat lebih sesuai ditukar nama...

4 Doktor Didakwa Buat Perakuan Palsu Dalam Dokumen JPJ

IPOH – Empat doktor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat perakuan palsu dalam borang permohonan lesen vokasional Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) L8, tiga tahun lalu.

Dr Ahmad Razi Othman, 58, Dr Phuah Chye Thuang, 62, Dr R. Pathmanathan, 55, dan Dr Fong Hon Pin@Poon Hon Pin, 68, didakwa melakukan kesalahan itu di premis berasingan pada 7 Mac 2013.

Tertuduh masing-masing didakwa membuat perakuan telah memeriksa seorang individu bagi memperbaharui lesen memandu Kelas D untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam, sedangkan tiada pemeriksaan kesihatan dibuat.

Dr Ahmad Razi didakwa membuat perakuan palsu dalam borang permohonan atas penama Zulkifli Che Yusof, 40, di Poliklinik Razi 27 di Taman Sri Damai, Tapah sementara Dr Phua didakwa melakukan perbuatan sama atas penama Mohd Firdaues Azizan, 33, di Klinik Phuah Jalan Takong Datoh, Gerik.

Dr Pathmanathan pula atas penama Mohd Saiful Baqhtiar Mohd Rohaizat, 37, di Kumpulan Poliklinik Manjung Sdn Bhd, Taman Samudera, Bandar Seri Manjung, manakala Dr Fong atas penama S. Suppiah Thevar, 36, di Klinik Simee, Kampung Simee di sini.

Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bertanggungjawab selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S.Indra Nehru.


Indra Nehru membenarkan Dr Ahmad Razi, Dr Pathmanathan dan Dr Fong masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh setiap bulan, manakala Dr Phuah diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim menetapkan 5 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori