Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perlu Kajian Lebih Mendalam...

KUALA LUMPUR - Di utara Semenanjung Malaysia, pokok biak digunakan secara tradisional sejak...

Tom Cruise Bakal Lamar...

KHABAR angin bertiup kencang di Hollywood mendakwa aktor Tom Cruise bakal melamar kekasihnya,...

Tindakan Tegas Pelatih Sertai...

MARAN - Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelatih atau kakitangan...

Graduan UCAM Disaran Jadi...

PUTRAJAYA - Graduan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) disaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya...

4 Geng Pak Din Canai Termasuk Wanita Mengandung Diberkas

KANGAR – Empat anggota Geng Pak Din Canai termasuk seorang wanita mengandung yang terbabit dalam kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditumpaskan pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perlis.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Noor Mushar Muhammad berkata suspek berumur antara 24 hingga 34 tahun diberkas pada 24 Disember lepas hasil aduan seorang pengusaha kedai runcit di Kuala Perlis yang menjadi mangsa kumpulan itu.

Katanya pada 18 Disember lepas, isteri pekedai runcit itu didatangi seorang wanita sarat mengandung yang bertanyakan tentang rumah sewa sebelum seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Din Canai meluru dari arah belakang dan menolak mangsa sehingga jatuh dan cedera di kepala.

“Siasatan polis mendapati modus operandi kumpulan tersebut ialah melakukan jenayah pada waktu siang antara pukul 9 pagi hingga 5 petang semasa mangsa mereka keluar untuk bekerja,” kata Noor Mushar pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu wanita mengandung tersebut mencuri wang tunai kira-kira RM1,000 dari dalam laci almari kedai mangsa.


Noor Mushar berkata semua empat anggota kumpulan itu direman selama lima hari bermula Ahad lepas hingga Jumaat ini.

Mereka juga mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata kumpulan itu aktif sejak pertengahan November tahun lepas di sekitar Arau dan Changlun, Kedah dengan menyewa kereta Perodua Viva, Myvi, Alza dan Proton Perdana untuk mejalankan aktiviti mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori