Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Nak Buka...

PELAKON Lufya Omar enggan mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadab mempersendakan tubuh...

Zamri Baba Dipindahkan Ke...

KUALA LUMPUR - Pelumba SuperSports 600cc negara, Muhammad Zamri Baba, yang cedera parah...

Piawaian Keselamatan Wajib Ditepati,...

KUALA LUMPUR - "Walaupun dipercayai wujudnya unsur khianat, namun piawaian keselamatan wajib ditepati,"...

Anak Muda Dan Dunia...

KUALA LUMPUR - "Macam mana nak berhubung dengan dunia luar. Media digital amat...

51 Mangsa Banjir Kota Tinggi Dibawa Ke Pusat Pemindahan

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) — Sebuah pusat pemindahan dibuka di Kota Tinggi berikutan paras air banjir semakin meningkat, menjadikan jumlah mangsa di tiga daerah di negeri ini bertambah kepada 51 orang setakat 4 petang tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata pusat pemindahan ketiga itu dibuka di Balai Raya Kampung Lepau pada 9 pagi, yang menempatkan enam mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Lepau, Pengerang, Kota Tinggi.

Sebelum ini, seramai 45 mangsa banjir di Segamat dan Tangkak ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir di kedua-dua daerah itu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dua pusat pemindahan itu ialah Balai Raya Gemereh 4, Segamat dan Sekolah Kebangsaan Sialang, Tangkak yang menempatkan 10 keluarga. — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori