Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

90,976 Pengguna Nikmati Subsidi...

IPOH - Kerajaan Perak telah memberikan subsidi air berjumlah RM8.35 juta kepada keseluruhan...

SMK Kundasang Baharu Bakal...

KUNDASANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang yang dikosongkan sejak 2013 kerana tidak...

Gambar: Aksi-Aksi Comel Anak...

MANA tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itulah perumpamaan tepat untuk menggambarkan si...

Gabung Johor Bakal Wujud...

JOHOR BAHRU – Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu (Gabung) Negeri Johor bakal mewujudkan...

7 Senjata Api, 173 Peluru Dijumpai Di Tanduo – Polis Lahad Datu

LAHAD DATU – Tujuh laras senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh sepasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan ‘Ops Taring’ di kawasan Tanduo di Felda Sahabat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata senjata api dan peluru tersebut ditemukan di dalam sebuah karung dalam keadaan tertanam dalam tanah pada 1 tengah hari.

Katanya jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan karung mengandungi lima pucuk pistol berserta tiga kelopak, dua laras M14 berserta dua kelopak, 173 butir peluru hidup dan satu gari.

“Anggota PGA dari Komtek Sahabat 16 dan Pos Tanjung Labian menemui senjata api dan peluru tersebut,” katanya di sini, hari ini.


Hamzah berkata semua barang tersebut telah diserahkan ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk tindakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori