Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Puad Jawab Alasan TPM...

TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai...

Larian Sang Saka Bangsa...

KUALA LUMPUR - Larian Bendera bersempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO, yang disertai...

Bekalan Kurang Faktor Harga...

IPOH - Kenaikan harga telur ayam pelbagai gred yang berlaku di beberapa negeri...

Azam Baki: AMK Serah...

PUTRAJAYA : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Aduan Awam Salah Guna Media Sosial Perlu Tindakan Sewajarnya

KOTA BELUD – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial yang perlu diambil tindakan sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata antara aduan yang dikemukan orang ramai ialah perbuatan individu tertentu yang memuat naik kandungan bersifat ofensif dalam laman sesawang dan blog.

Menurut beliau, SKMM memandang serius perbuatan keji “yang bertujuan menghina dan menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan”.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memuat naik sebarang komen, permintaan, syor atau komunikasi bersifat lucah, tidak senonoh, mengancam atau menyerang dengan niat untuk menyakitkan hati, menyalahguna, mengancam atau mengasari orang lain, ” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini hari ini.

Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan, berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan SKMM menyekat dan mengambil tindakan terhadap individu tertentu yang didakwa menyalahgunakan media sosial.


Baru-baru ini, SKMM melancarkan operasi untuk mengambil tidakan terhadap individu yang disyaki memuat naik kandungan bersifat ofensif ke dalam akaun media sosial mereka.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia susulan aduan orang ramai mengenai perbuatan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori