Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Agong Kurnia Sumbangan Di...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Tiada Rekod Keluar Pelancong...

KUALA LUMPUR - Isu lambakan pelancongan asing dari China dan India yang tidak...

Pelancongan Domestik Kian Dapat...

KUALA LUMPUR - Pasaran pelancongan domestik semakin mendapat tarikan apabila lebih ramai rakyat...

6 Maut, MPV Dihempap...

KUALA KUBU BHARU - Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki...

Ahli Perniagaan Bergelar ‘Datuk’ Didakwa Guna Plat Palsu

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan Datuk Dr Chang King Hon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik di sini hari ini terhadap pertuduhan menggunakan plat palsu pada MPV jenis Vellfire miliknya pada Ahad lepas.

Chang, 25, didakwa menggunakan plat bernombor WC9DK pada kenderaan tersebut di Lebuhraya DUKE dari arah Gombak ke pusat bandar di sini pada 9.45 malam pada Ahad lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 108(3)(E) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga setahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Hashimah Hashim menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Jefri Jaafar yang mewakili Chang memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya tidak akan melarikan diri.


Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori