PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi bantuan kepada peminjam yang mengalami kesukaran dalam menguruskan obligasi hutang melalui penyusunan semula pinjaman yang sedia ada.
“Kerajaan bimbang dengan kos gaya hidup rakyat yang tidak bersesuaian dan melebihi kemampuan mereka. Sehubungan itu, agensi ini akan memberi bantuan kepada peminjam.
“Berita baiknya, kesemua perkhidmatan ini diberikan secara percuma,” katanya semasa menyampaikan perutusan khas Pengubahsuaian Bajet 2016, di sini Khamis.
Sementara itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga menyediakan mekanisme perundingan, melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat korporat berdaya maju yang mengalami tekanan kewngan disebabkan persekitaran semasa. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]vLrYVTgXbd8[/wpdevart_youtube]