London – Seorang lelaki yang dirakam ‘menaiki’ bas secara percuma apabila menumpang di belakang sebuah bas dua tingkat diselar sebagai ‘terlalu bodoh.’
Lelaki itu dirakamkan Jumaat lalu memaut pada belakang sebuah bas di Bournemouth, selatan England, sebelum gambarnya disebarkan di media sosial menyebabkan ramai mengutuk perbuatan berbahaya itu, tidak kurang juga yang menuduhnya bakhil.
Ketua pemasaran Yellow Buses, Jenni Wilkinson berkata: “Perbuatannya sangat berbahaya dan mungkin membawa maut. Bukan saja bodoh, tetapi juga salah di sisi undang-undang”.
Saksi, Paul Edwards, 33, berkata, lelaki itu lari selepas pemandu bas menyedari kehadirannya.
“Dia beberapa kali melompat turun ketika bas berhenti kerana lampu merah menyebabkan pemandu wanita itu akhirnya melihatnya dan enggan menggerakkan kenderaan.
“Apabila dia berdegil, pemandu turun memakinya menyebabkan dia melarikan diri,†katanya. – Agensi/myMetro Online