Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MTUC Cadang Pekerja Setuju...

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pekerja yang bersetuju untuk mengurangkan...

Rasuah: Inspektor Dipenjara 6...

SUNGAI PETANI – Akibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,700 pada 2011, seorang...

Kes Salah Guna Kedudukan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan 27 September ini...

Tun M Jelaskan Kepentingan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengecam pihak yang...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 3 Petang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 3 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata trafik di Lebuhraya Utara-Selatan di kedua-dua arah dilaporkan terkawal.

Bagaimanapun, kemalangan dari arah Sungai Buaya menghala ke Bukit beruntung di Km341.7 menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah sejak pukul 2.30 petang.

“Kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan dan kesesakan dilaporkan sejauh dua kilometer,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah adalah lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori