Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hishamuddin Rais Diarah Bela...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan aktivis Hishamuddin Md...

‘Kembar’ Datuk Lee Chong...

WAJAH dan paras rupa seorang wanita Melayu yang kelihatan mirip seperti wira badminton...

Pesuruhjaya Tinggi Britain Kunjungi...

PUTRAJAYA - Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell hari ini melakukan kunjungan...

Amelina Kembali Berdangdut Dengan...

LEBIH 15 tahun menyepi dari bidang nyanyian setelah mendirikan rumah tangga, ratu dangdut Amelina...

Amaran Angin Kencang Di Perairan Sabah & Labuan Bermula Ahad Hingga Rabu

KOTA KINABALU – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sabah khususnya kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka bermula Ahad ini hingga 27 Jan.

Menurut laman sesawang agensi itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut agensi berkenaan.

Selain itu, jabatan itu juga meramalkan bahawa kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang juga dijangka bermula 24 sehingga 27 Jan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori