Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pasangan Lesbian Jalani Hukuman...

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi...

Hasanuddin Dilantik Ketua Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab Polis...

Gempa Bumi Kuat Gegar...

TAIPEI – Seorang lelaki maut dan seorang lagi dimasukkan ke hospital semalam akibat...

Ambil Langkah Pencegahan Jika Ingin Lawat Negara Dijangkiti Virus Zika

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang ingin melawat negara yang dijangkiti virus Zika dinasihati agar mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata wanita hamil, terutamanya mereka dalam trimester pertama, turut dinasihat agar menunda perjalanan ke Brazil sehingga penyebab sebenar kejadian mikrosefali yang dikaitkan dengan jangkitan virus Zika di negara itu, dikenal pasti.

“Kementerian Kesihatan Brazil sedang menjalankan penyiasatan lanjut bagi mengenal pasti penyebab sebenar bagi kejadian mikrosefali (otak kecil) ini yang meningkat dalam kelahiran bayi termasuk kemungkinan terdapat hubung kait dengan jangkitan virus Zika,” katanya dalam kenyataan media di sini Rabu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Amerika (Pan American Health Organization) melaporkan sehingga pertengahan Januari, 17 negara di rantau Amerika telah melaporkan kes virus Zika.

Negara tersebut termasuk Brazil, Barbados, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guina, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Puerto Rico, Paraguay, Suriname dan Venezuela.

Virus Zika disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor sama bagi demam denggi. Penyakit itu menunjukkan tanda dan gejala menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, sakit di belakang mata, konjuktivitis dan ruam.


“Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika. Rawatan yang diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dihidapi pesakit,” kata Noor Hisham.

Beliau berkata langkah pencegahan virus Zika adalah sama seperti yang digunakan untuk mengelak penyakit denggi, termasuk mengelakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlenggan panjang dan mengelak daripada melakukan aktiviti luar beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit itu, dinasihatkan mereka segera mendapat rawatan di klinik atau hospital berhampiran, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori