KEMANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah kisah Jaden Smith, yang merupakan anak lelaki kepada pelakon terkenal antarabangsa, Will Smith dan isteri, Jada Pinkett Smith, yang kini dipilih menjadi wajah baru jenama terkenal, Louis Vuitton.
Namun, wajah kacak dan comel Jaden,17, ini bukanlah dipilih bagi kempen pakaian dan barangan lelaki, tetapi wajahnya dipilih oleh jenama gergasi ini bagi mewakili koleksi pakaian dan barangan wanita.
Pemilihan Jaden ini hanya diketahui setelah Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Nicholas Ghesquiere, memuat naik sekeping gambar Jaden yang memakai skirt pendek dan jaket kulit di laman instagramnya dengan kapsyen “Happy to introduce Jaden Smith @christiaingrey in the new SS16@louisvuitton ad Campaign photographed by Bruce Weber.”
Jaden yang merupakan wajah baharu bagi kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2016 ini berkata dirinya mempunyai satu impian, iaitu melakukan semua perkara yang gila-gila dan melebihi tahap gila-gila yang sedia ada.
Tambahnya lagi, sekiranya orang menganggap dirinya gila-gila, ianya merupakan satu penghormatan yang terbesar buat dirinya. Dia juga menyatakan peluang berkerjasama dengan Louis Vuitton merupakan antara satu kepuasan bagi dirinya.
Semoga Jaden Smith terus sukses dalam apa yang diimpikan dan semoga berjaya seperti kedua ibu dan bapanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Mirror UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OeRXpKncsUs]